Wednesday, January 29, 2014

Bekal 15 :: Piza Roti & Roti Butter

  
Menu hari ini Piza Roti & Roti Butter. Piza roti tu kakak bawak, dia memang suka..sarapan tadi siap makan siap2 dulu sebelum pegi sekolah. Kalau tak, tak berselera nak makan pagi2. Biasanya sebelum pegi sekolah, memandangkan anak2 tak berselera nak makan awal pagi, umi sudukan madu sesudu sorang untuk tenaga segera :). Ammar jer kurang nak makan madu pagi2, yg lain ok. Tapi dia minum jgk, pagi2 vico la umi buat, favorite Ammar.

Hari ni Ameer & Khadeeja dah start cuti hingga selasa, jadi kurang kesesakan waktu pagi hehehe. Ammar & Aesya bawak Roti Butter cicah madu. Hari ni sekolah balik pukul 2.30 ptg. SRIH cuti jumaat-ahad je. Jadual SRIH sangat padat, ada je aktiviti sepanjang minggu. Setiap ibubapa sudah diberikan jadual perjalanan sekolah untuk setahun terus jadi ibubapa boleh plan dan tau apa aktiviti anak2 di sekolah. 

Resipi untuk Piza Roti boleh lihat di SINI. Sangat simple dan cepat disediakan. Toppingnya boleh juga letak tuna, mix vege, isi ayam, dll. Hari ini umi letak sosej yang dihiris nipis dan cili benggala yang dipotong dadu. Tabur cheddar cheese dan mozarella. 

No comments:

Post a Comment