(16 aug 2007)
" ada satu hari tu ummi bukak fp kak liza. skali terpandanglah ayam black pepper kak liza. ummi pun dah ama tak buat ayam black pepper nie. so, ikut resepi kak liza je la. cuma ummi
goreng ayam tu terlebih dahulu, ikut selera penghuni umah nie . goreng ayam cenggitu je, takyah lumur ngn kunyit dan garam. nti jadi ayam goreng kunyit plak la . "
AYAM GORENG LADA HITAM (kak hanieliza)
Bahan
300 gm isi ayam [potong nipis]
1 s/k lada hitam
1 batang kecil carrot [potong kecil]
3 batang kacang panjang [potong pendek]
1 pokok daun ketumbar [potong kecil]
minyak
garam
Bahan mayang/hiris
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 cm halia
Cara
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan hiris, kacau sehingga layu.
2. Masukkan isi ayam, dan lada hitam kacau rata. Masakkan sehingga lembut.
3. Masukkan carrot, kacang panjang dan garam . Kacau rata dan biarkan sehingga lembut. Tambah sedikit air.
4. Tutup api dan daun ketumbar. Kacau rata.
5. Hidangkan dengan nasi atau roti.
Ramadhan Kareem!
-
assalamualaikum, Kami team Maratussolehah Muslim House mengucapkan
Ramadhan Mubarak kepada seluruh pengunjung dan pelanggan kami للَّهُمَّ آتِ
نَفْسِى تَق...
9 years ago
No comments:
Post a Comment