Monday, December 7, 2009

Goreng Pisang Special


ummi tak ingatla kt mana ummi tgk resepi nie. goreng pisang nie ada namanya. tak silap la...goreng pisang brunei atau singapore. salah satu la. ummi terfikir nak ikut resepi nie sbb kat sini byk jual pisang monte je. pisang nangka ada tp cam dah lembik2. klu pisang monte tu, kita celup tepung dan goreng....sure makan minyak. pastu, jd lembik. ummi teringin sgt nak makan pisang goreng...bila jumpa resepi nie, terus ummi buat.

bahan2nya: pisang monte 3 biji(buang kulit dan belah dua). kulit popiah. tepung yg dibancuh dengan air dan sedikit serbuk kunyit dn garam. minyak.

caranya: pisang monte tu diablut ngan kulit popiah. lekatkan dgn air. pastu celup dalam tepung yg telah dibancuh td. dan bolehla digoreng. sedia utk dihidangkan.

ummi suka cicah ngan pencicah keropok lekor tu. ummi buat camni....tumis bawang putih 3 biji. bawang putih tu ketuk2 je. pastu masukkan cili kering yg telah diblender. kalau nak cair, boleh tambah air...klu nak pekat, takyah tambah air. pastu, letak garam dan gula. cuka pun boleh letak skit klu nak rasa masam tu. klu taknak letak cuka, boleh jugak letak sos tomato. bila mendidih, boleh tutup api dan hidangkan bersama pisang td.

P/S:sebenarnya resepi nie ummi dah alter skit. ikut resepi asal takyah celup tepung, tp ummi suka klu ada kerak2 tepung tu. lg best.

No comments:

Post a Comment