Hari ni dah puasa yg ke 13 hari. Alhamdulillah, sepanjang 12 hari berpuasa, ummi dapat menjalaninya tanpa sebarang masalah. Cuma ada beberapa dugaan yg ummi perlu lalui.
Pada tengahari puasa ke 6, ummi rasa sakit perut. Rasa baby mengeras hingga ke malam. Hinggala berlarutan keesokan harinya. Pada hari ke 7 (selasa) puasa, ummi rasa kena gi buat check up sbb x tahan sangat sakitnya walau appointment ummi pada hari jumaat. Sampai di hospital, ummi diminta buat CTG dulu di labour room. Bila doc cek, katanya ummi xde apa2 contraction. Huhuhu, tapi ummi rasa sakitnya jap2 datang. Memang rasa xleh tahan. Doc minta datang malam utk cek jalan. Malam pas walid solat isya' (walid x sempat berterawikh di masjid sbb ummi dah x tahan), terus hantar anak2 ke rumah mak long/nenek. Yang lain ok, cuma ameer nangis bila mak long ambil dia :). Sampai di hospital terus ke labour room buat CTG lagi, bidan kata mmg ada contraction sedikit dan klu diikutkan lambat lg ummi akan bersalin. Tapi xleh cakap juga sbb ummi dah anak yg ke 5, ada juga yg cepat. Bidan kata klu lama lg pun dalam seminggu. Ummi fikir, dah sakit kuat camni xkan ummi x bersalin besoknya huhuhu. Ummi minta admit. Tapi kuasa Allah, semua bilik penuh. So, bidan kata stay kt labour room jer dulu. Ummi kesiankan walid, kena duduk jer tunggu ummi. Lastly, lepas discuss ngn walid. Ummi fikir balik jer la umah dulu. Tawakkal pada Allah, klu sakit lg kuat terus dtg balik. Balik tu singgah juga rumah mak nak ambil ameer dan aesya. Ammar n Balqis tinggal dulu kt umah nenek sbb dorg semua dah tido (masa tu dalam kul 12 lebih). Tapi maklong kata, biar dorg tido umah mak dulu sbb klu kena gi spital lagi kan susah payah pulak nak dtg hantar. Huhuhu, betul jgk kata mak long ammar, cuma ummi kesiankan dorang tentu kena buatkan susu ameer malam2 nti. ameer dalam kul 3 pagi n 6 pagi biasanya merengek nak susu.
So, ummi pun balikla ke rumah. Doc x bg apa2 ubat pun untuk menahan sakit. Ummi pun fikir nak makan madu asli. Salah satu cara utk hilangkan sakit perut jika bukan contraction nak bersalin. Ummi makan 3x, alhamdulillah reda sakitnya perlahan2. Hingga hari ni ummi dah x rasa sakit lagi. Tapi bidan ada pesan, kalau baby x gerak sgt kena dtg cek. Alhamdulillah, baby ummi aktif. Sepatutnya puasa ke 10 (jumaat) ummi kena buat check up seperti biasa. Tapi ummi postpone dulu hehehe (suka hati jer) sbb x rasa sakit. Lagipun baru jer gi cek kan. Walid kata gi sabtu pagi sbb klinik doc nooraini buka half day sabtu. tp hari sabtu, hari rest sedunia ...ummi malas nak gi.
Hari nie dah puasa ke 13 ( isnin), ummi ada call hospital tadi. tanyakan klinik doc nooraini buka x hari nie. nursenya kata buka kul 2-4ptg, hari ni pagi doc ada operation. jap lg nak inform walid gi buat check up. nak tau berapa berat baby sekarang...huhuhu, risau kot terbesar sgt. Mudah2an Allah permudahkan urusan ummi sewaktu bersalin nanti.
ok, kt atas tu citer tentang apa yg ummi alami sepanjang 6-12 ramadhan. tak lupa juga cerita tentang anak2 ummi. Alhamdulillah, ammar dari puasa ke 5 hingga puasa ke 12, puasa penuh. Ummi tgk ammar mmg xde masalah langsung ketika berpuasa. Memang x pernah x aktif, ada je aktiviti yg dia buat.
balqis plak, huhuhu..mmg x pernah puasa lg. takat kul 12 tghari dah mintak susu. pagi2 gi sekolah kadang mintak nak bawak biskut, kek, dll. air dia x mintak plak :D. ustazah dia pun x galakkan lagi dia berpuasa sbb baru umur 4 thn. ummi pun x kisah sgt, cuma kadang nak bg dia latihan berpuasa juga walaupun takat kul 12 tghari. aesya n ameer plk mmg x termasuk dalam list org berpuasa...hehehe.
Ramadhan Kareem!
-
assalamualaikum, Kami team Maratussolehah Muslim House mengucapkan
Ramadhan Mubarak kepada seluruh pengunjung dan pelanggan kami للَّهُمَّ آتِ
نَفْسِى تَق...
9 years ago
No comments:
Post a Comment