| |
croissant ummi beli je, tak pernah buat lagi, insyaAllah akan datang ni resepi lasagna...ambik dari fp azzaliza. tak sempat nak tulis resepi sendiri. tp so far lebih kurang sama je [color=red]Beef Lasagna edisi mummy (Original resepi from Kuchai FP) Bahan-bahan: Kulit lasagna ikut suka yg kena rebus dulu or takpayah Mozarella cheese Sos Daging 1 block daging kisar RAMLY 1 tin cendawan butang potong dadu 1 biji bawang besar potong dadu 5 ulas bawang besar ketuk & cincang 1 sudu besar cili boh 2 sudu besar tomato pure 1 tin kecik PREGRO tomato sos with basil & garlic (tin oren yer) 2 sudu sos cili 1 kuib pati ayam MAGGI sedikit lada hitam & oregano gula & garam secukupnya Sos Putih 2 sudu besar butter 2 sudu besar tepung gandum 2 kotak (250ml) susu full cream 1/2 bar cheedar cheese potong dadu / parut if rajin sedikit lada sulah & garam Cara-cara memasak Sos Daging tumis bawang besar & bawang putih sampai naik bau. masukkan cili boh & tumis sampai kering kemudian masukkan daging. bila daging empuk masukkan sos pegro, tomato puree, sos cili, kiub ayam, oregano & lada hitam. masak hingga serasi kemudian masukkan cendawan butang. tips, mummy buat sos ni lebih rasa manis dr masin sbb nnt cheese dah masin Sos Putih cairkan butter, then masukkan tepung atas api sederhana. bila dah sebati tepung & butter masukkan susu & kacau atas api sedrhana jugak sampai pekat lepas tu masukkan garam (jgn byk) dan lada sulah. lepas tu masukkan cheese & tutup api, letaklah sikit sos daging kat base mangkuk or aluminium foil supaya tak lekat mmt. susun lasagna rapat2 kemudian lapis sos daging dan kemudian sos putih. lepas tu tabur mozarella cheese byk2. lepas tu ulang ler sampai penuh mangkuk atas sekali tabur cheese byk2 jugak. bakar pada suhu 180-185 darjah celsius selama 45 minit. mcm kucai mummy dpt 2 lapis jer memandangkan bekas kecik & cetek. tunggu lasagna sejuk sikit supaya senang nak potong. |
Ramadhan Kareem!
-
assalamualaikum, Kami team Maratussolehah Muslim House mengucapkan
Ramadhan Mubarak kepada seluruh pengunjung dan pelanggan kami للَّهُمَّ آتِ
نَفْسِى تَق...
9 years ago
No comments:
Post a Comment