

Alhamdulillah, ummi sekeluarga sempat ke abu dhabi ikut walid berkursus selama 3 minggu. abu dhabi adalah ibu negara United Arab Emirates (UAE). Dari Dubai ke abu dhabi kira2 2 jam perjalanan. Dari airport Dammam terus ke airport abu dhabi.

Apabila sampai di abu dhabi, kami menaiki taxi ke tempat penginapan kami yg co sediakan di 'Blue Tower' service apartments. sepatutnya kt situ tidak dibenarkan bawa family, tp walid bawa juga. Kami berkongsi apartments dengan satu family lain.. jiran kami juga di khobar. Mmg dah plan awal2 sbb spt yg ummi bgtau td sepatutnya family tidak dibenarkan bawa bersama tp walid nak bawa juga so, walid plan dgn kawannya yg bawa family yg pergi kursus ini juga utk tgl satu apartment sbb sebuah apartment akan ada 2 peserta kursus. Isteri kawan walid tu pun kawan ummi, namanya Fatimah dan anak perempuannya seusia Balqis.

Walid ke tempat kursus tiap2 pagi selepas subuh dam pulang dalam kul 5.30 ptg. Sepanjang hari selepas memasak n makan ummi ngadap laptop amik order customer. Di belakang tpt penginapan kami ada sebuah hypermarket. Al-Falah Plaza. Kadang ummi sorang2 beli brg klu walid x larat turun. Byk kenangan di sana, dah rasa cam duk umah sendiri sbb tiap2 hari ummi masak dan beli brg dapur. walid siap belikan rice cooker n kuali comel utk ummi memasak :). Ummi sekeluarga juga menyambut hari raya haji di sana. dan menunya seperti gambar di bawah :).

Sepanjang berada di sana juga, ummi sempat jalan2 di marina mall, dll mall yg ummi dah lupa namanya. Ada sebuah 'gold souq' di sini. semuanya jual brg kemas :). macam2 jenis n bentuk. ummi ingat nak beli juga tp harganya terlalu beza ngn saudi. jadi beli di saudi je la :). ummi juga sempat pergi ke kedai yg jual brg2 murah. ummi beli fridge magnet dubai, pin shayla, dll perhiasan. nak beli byk2 nti x muat beg :).

Lagi satu memori yg xleh dilupakan, hehehe...waktu naik taxi nak ke airport pulang ke saudi. walid tertinggal jacket n tudung balqis. jenuh call taxi tersebut. lastly dia x hantar ke airport. dia kata lenkali klu dtg lg blh dtg amik kt dia ..huhuhu, bilakala la akan sampai lg ke sana. sedekah je la kt dia :)

Assalamualaikum...
ReplyDeleteIni Huda, customer yg duduk kat Brunei tu kalau masih ingat. Google resipi labu masak lemak, terjumpa blog Norazia. Gembira sebab jumpa blog org yg saya kenal (walaupun hanya di alam maya ni).
Lagilah gembira bila nampak ada sudut kenangan di Saudi... sebab kami jugak pernah duduk sana tapi di Al-Jubail. Dah lama dulu 2001-2001. Nantilah... saya pelan-pelan baca ya...
waalaikumussalam... ooo ya ke? alhamdulillah, ada jg manfaatnya ya:)prnah duk jubail ya,kira2 2 jam dr khobar tpt kami duk dulu. moga ukhwah berpanjangan wpun di alam maya :D
ReplyDeleteassalamualaikum, duduk dekat saudi ke? bestnye!
ReplyDelete