Alhamdulillah, sudah 5 hari kita semua menjalani ibadah puasa. Ummi tidak berkesempatan update cerita anak2 ummi dan sepanjang 5 hari berpuasa. InsyaAllah, di kesempatan ini ummi nak berkongsi cerita di blog 'resepi dapur ummi' ini.
Minggu ini ummi sudah 36 minggu pregnant. Memang itu yg selalu ummi fikirkan bila dah dekat2 nak bersalin nie. Risau, teruja, dan macam2 lg perasan ada setiap kali bila difikirkan hehe. Macam nak bersalin anak pertama jer rasanya. Malam sebelum berpuasa keesokan harinya iaitu pada selasa malam rabu, ummi tengah siang2 ikan, ayam, daging utk persiapan sepanjang ramadhan (stok utk seminggu lebih biasanya). Masa walid ke masjid menunaikan solat maghrib, ummi sudah hampir nak siap siang2 lauk. Tiba2 ummi rasa sakit pinggang, lenguh betis dan rasa nak muntah. Hingga rasa x blh beridiri lama. Tapi mujurlah masa tu dah nak siap semua. Cepat2 ummi pegi solat maghrib dan bila walid balik dari solat...ummi cerita kt walid. Walid senyum2 jer, hehehe dia kata lagi bagus kalau ummi bersalin awal. Huhuhu, bukan apa, bersalin awal lg ummi suka tp rasa sakit tu cam tiba2 terus kuat. Terfikir anak2 ummi yg lain, blm kemas lg baru dorg utk dihantar ke rumah mak long dorang. Cepat2 lepas bgtau walid tu ummi kemas baju anak2 ummi dalam beg. Tak terfikir pulak nak standby baju anak2 yg lain sblm nie. Ummi pernah baca, memamng akan ada kontraksi palsu akan berlaku pada sesetengah kehamilan. Tapi ummi pernah rasa masa pregnantkan balqis dulu. dah lupa, tu yg x sangka rasa lg masa pregnant kali ni. Tapi malam tu, sambil lipat kain tunggu walid balik solat terawikh, ummi kata..kalau selepas 2 jam x reda lagi sakit ni mmg ummi akan bergegas ke hospital. Alhamdulillah, makin lama makin hilang. Ummi rasa lega sbb ada masa lg standby perkara2 lain.
Hari pertama puasa.... ummi berbuka di rumah ibu mertua ummi di kangkar tebrau. dekat jer, dalam 5 min jer dari umah ummi. mmg klu puasa pertama, ummi akan ajak walid berbuka di rumah mak sbb ummi rasa perlu raikannya bersama seorang ibu, apatah lagi ianya ibu kepada suami ummi. Tentu dia gembira ada anak dan cucunya dtg berbuka bersama. Ummi masak Sup tulang dan pau sambal jer. tp sebelum ke sana mmg ummi dah inform awal2 nak ke sana. Jadi dorang semua dah tau ummi sekeluarga akan berbuka di sana. So, nurul n adi (adik walid) pun standby sama hehehe.
Hari kedua..ummi masak nasi minyak tp lauk chicken tikka (bakar dlm oven jer), pajeri nenas, ikan percik dan pencuci mulut 'sagupal' (makanan org kelantan time bln puasa). Hantar juga ke rumah jiran. Ammar yg hantarkan. Sebut pasal ammar, huhuhu blm berpuasa lg sampai hari ketiga. hari ke 4 takat pukul 3 ptg jer, dia gi makan susu kt dapur senyap2 :). taktau ummi nak cakap camana bila tgk dia mkn susu. Rasa kesian pun ada sbb dia xp enah puasa, tiba2 kena puasa. Dia jenis yg x suka makan pagi so, tak bersahurla. tp bg juga dia minum susu sblm azan subuh.
Hari ke tiga, ummi masak nasi putih. tambah lauk ayam goreng kunyit n telur dadar. Pajeri nenas n ikan percik still ada lg. Adi datang hantar Laksa Johor. Mak yg masak agaknya. Alhamdulillah, rezeki. Malam tu setelah selesai solat terakwikh, kami sekeluarga gotong royong di luar rumah. Walid cat tiang2 rumah yg masih blm di cat sejak berpindah hehehe. Ummi sidai kain (mmg ummi xde time tertentu basuh n sidai kain). Rasa nak basuh, ummi basuh n sidaila. Kalau org lain maybe pagi2 dah jadi rutin basuh, sidai, masak, dll.
Lupa, hari ketiga juga ummi ada buat check up di puteri specialist ngn doc noorani. mmg ummi selalu gi dekat2 kul 4 ptg sbb xyah tunggu lama. Org pun dah x ramai. Ummi antara yg terakhir jumpa doc. Doc scan baby lagi, ammar, balqis, aesya n ameer tgk baby. Doc confirmkan baby girl. hehehe, rasa cam yakin sket ummi akan dapat baby girl sbb doc tunjuk tu nampak terang sket jantinanya. Doc tanya nak tunggu sakit natural ke camana, huhuhu...mmg nak tunggu sakit sendiri. Dlu induce tu sbb walid cuti x lama. sekarang walid 24 jam kt umah. so, x perlu nak induce lg. Lagipun klu induce lg lama sakitnya, confirm masa sakit tu ummi jap2 tgk jam n rasa nak muntah berkali2. Doc kata baby dah 2.8kg. Risau juga kalau dah sampai hari nti lebih dr 3.2kg. Maksudnya lebih dr kebiasaan ummi bersalin sbb ammar n ameer plg berat pun 3.29kg. Mudah2an Allah permudahkan urusan ummi sewaktu bersalin nanti.
Ok, hari ke 5. hari ni....ummi x masak. hehehe, letak nasi jer 1 1/2 cup. walid belanja nasi kerabu, bubur lambuk, air kathira n cendol n kuih muih. walid ada juga belikan ammar taufu fa sbb tu favorite ammar, hadiah puasa penuh hari ni :). jiran ada bg cempedak goreng. Dah byk tu lauknya. Ya, hari ni ammar berjaya puasa penuh walaupun beberapa kali terbabas juga nak minum air hehehe. Bukan dia curi2 nak minum air, tp dia lupa...nasib baik depan2 ummi so, blh beri peringatan pada dia. Jap2 dia tanya, "dah kul berapa ummi?". Tapi ummi tgk ammar puasa n x puasa sama jer, still dengan keaktifannya x duk diam. Main keta sana sini, berlari sana sini. Kalau budak2 lain maybe dah duk diam2 menahan dahaga dan lapar. Jadi, ummi rasa...ammar berpotensi menjalani ibadah puasa seterusnya :).
Bersahur...ok, waktu bersahur sudah tentu sebelum azan subuh berkumandang. Walid jenis yg x biasa makan awal2 pagi. so, just minum air dan makan kurma 2 biji sahaja. Ummi pun dah terikut2 walid, xleh nak makan yg berat2 cam nasi. Ingat masa kecil dulu, ma ummi confirm masakkan nasi n goreng telur. tu menu tetap bersahur. kalau ada lauk tambahan lain, yg lebih2 masa berbuka.
InsyaAllah, ummi akan update sebahagian juadah berbuka puasa sepanjang 5 hari ini. Yang sempat ummi ambil gambar. Masih dalam camera. Nak edit gambar abaya pun x abis lg hehehe. nak edit gambar makanan sure selepas siap edit gambar abaya. dahulukan urusan perniagaan :)
Ramadhan Kareem!
-
assalamualaikum, Kami team Maratussolehah Muslim House mengucapkan
Ramadhan Mubarak kepada seluruh pengunjung dan pelanggan kami للَّهُمَّ آتِ
نَفْسِى تَق...
9 years ago
No comments:
Post a Comment