Monday, June 28, 2010

28 Jun 2010 - Selamat Hari Lahir Walid (Arman Abd Samad)

Alhamdulillah, walid sudah berusia 31 thn :). Moga bertambah iman dan amal Walid sebagai bekalan ke sana nanti.

Ummi ngan walid sebaya tp ummi belum masuk 31 tahun lg. insyaAllah bulan 10 nti. kiranya ummi muda lagi la hehe. Apapun ummi sebagai seorang zaujah kepada walid amat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang menjaga ummi dan anak2 dengan baik. Moga kebahagiaan kita berkekalan di dunia hingga ke akhirat.

Tentu tertanya2 apakah hadiah istimewa buat Walid. Tentula baby yang bakal lahir ini. Ummi sekeluarga tiap2 thn mmg tidak pernah menyambut mana2 Hari Lahir. Sekadar ucapan dan doakan kebaikan itu lebih baik. Cuma kalau utk ammar dan balqis, ada juga hantar ke sekolahnya makanan tp belum pernah tiup2 lilin lagi :) kerana itu bukan cara Ummi sekeluarga.

Pics Walid memang Ummi x masukkan dalam blog sbb x mendapat keizinan Walid. Malah pics Ummi pun yang pakai purdah jer boleh masuk blog :). Jadi sekadar ucapan terima kasih Ummi dan anak2 yg tidak terhingga buat Walid yang dapat di coretkan di sini. Yang pastinya, Ummi dan anak2 terlalu bahagia berada di samping Walid. Moga Allah memberkati kehidupan kita sekeluarga dan sentiasa di dalam rahmatNya..insyaAllah.

Dalam hati kecil Ummi amat berbangga dengan Walid, walau dalam usia 31 tahun...walid telah buktikan dan istiqomah dengan keputusan walid utk cari rezeki dengan cara Walid sendiri dan pastinya yang lebih berkat walaupun sblm ini walid dah ada kedudukan yang stabil bekerja dgn co dahulu. Mungkin pada org lain, pada usia sebegini masih tercari2 lagi apakah pekerjaan yg sesuai utknya tetapi alhamdulillah, rezeki walid murah.

No comments:

Post a Comment