| |
cam biasa ummi tepek resepi kak liza kat sini. ummi mmg suka resepi kak liza nie. cuma yg ummi ubah skit tang telur hiasan tu, ummi letak skit pewarna utk nampak cantik bila dihias. bihun nie ummi bg skit kat aunty lily. masa gi antar tu rupanya aunty lily takde kat umah, dia baru pas bersalin pagi tu. tp kat umah aunty lily ada norman (husband lily) dan ibu lily yg jaga naufal masa aunty lily bersalin. telur ni sebagai hiasan je...saje je kalerkan, nampak cantik plak. BIHUN SINGAPORE (kak liza) Bahan-Bahan: 600 gm bihun [rendamkan lembut dan toskan] 200 gm daging [hiris nipis dan rebus lembut] 200 gm sotong [hiris kecil] 200 gm kucai [potong pendek] 250 gm kobis [racik halus] 1 batang carrot [sagat ] 3 s/b minyak garam air bahan tumbuk 1 s/b lada hitam 1 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih bahan hiasan/tabur 1 biji telur [buat dadar dan hiriskan] 2 biji cili merah [mayang halus] cara 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehinggan wangi. 2. Masukan daging dan kacau rata. 3. Bila nampak masak masukkan sotong, kobis, carrot, garam dan air. Kacau rata. 4. Masukkan bihun. Kacau rata sehingga sebati. 5. Bila nampak bihun lembut masukkan daun kucai. 6. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam. 7. Bila menghidang, taburkan hirisan telur dadar dan cili merah. |
Ramadhan Kareem!
-
assalamualaikum, Kami team Maratussolehah Muslim House mengucapkan
Ramadhan Mubarak kepada seluruh pengunjung dan pelanggan kami للَّهُمَّ آتِ
نَفْسِى تَق...
9 years ago
No comments:
Post a Comment