Monday, July 26, 2010

Pizza Mushroom+Sosej+Mixed Vege+ dll

Petang ni rasa teringin plak nak makan pizza sbb pagi n tengahari makan nasi goreng+ serunding ayam ctreduan :). Dah lama x makan pizza so, ummi rasa berbaloi jgk klu masak pizza hari ni. memandangkan bahan2 utk pizza pun byk, jd apa salahnya menghabiskan masa sejam kt dapo sambil melayan wonderkids :)

Sejak ummi sekeluarga tidak lagi mengunjungi mana kedai fastfood pizza (boikot produk israel) , ummi suka buat sendiri. Memang kalau buat, ummi akan pakai sekg tepung sbb nti boleh hantar kt umah nenek ammar skali. Nenek n atuk ammar pun suka makan pizza, masa duk umah nenek ammar dulu... nenek ammar selalu bg cadangan masak pizza hehehe. Dulu masa ummi duk saudi, mmg selalu wat balik cheddar cheese n mozarella cheese dr saudi sbb murah, kt sana brand 'Almarai'. Sekali bawak balik dalam 4 blok cheddar cheese n mozarella dalam 2 kg. jenuh masak pizza masa tu hehe. almarai antara brand cheese popular di saudi (boleh search kt google klu nak tgk produk almarai).

ok, ummi dah snap pics pizza yg buat tadi. ummi buat kiut2 jer sbb senang budak2 nak makan. biasa buat besar dulang pembakar tu, tp ni dtg rajinnya...buat kecik2. ok, ummi masukkan dulu picsnya ya :


yg ni yg x letak cheddar cheese. maybe akan ditambah ngn mayonis utk menambahkan keenakannya :)

yg nie letak cheddar cheese. mozarella cheese x letak sbb xde stok kt umah :)

Bahan Doh :

Tepung biasa 1 kg
Yis mauripan 1 paket
Shortening 1 sudu kecil
Bread softener 1/2 sudu kecil
Butter 2 sudu besar
Air suam 1 mangkuk (agak2 jer utk uli doh)

Caranya :
- Yis dimasukkan ke dalam air suam, biarkan seketika n larut dalam air. Kacau rata.
- Sementara tu gaulkan butter, shortenning, bread softener dalam tepung.
- Masukkan air+yis td. Uli hingga lembut dan jadi doh.
- Biarkan dalam 10 min then canai ikut suka. (maksudnya nak buat besar/kecil2)
- jgn terlalu tebal, tebal kira2 1/2 inci lg best sbb cepat masak n garing :)

Bahan Inti :
6 btg beef sausage (hiris nipis)
4 keping daging burger (ummi suka pakai burger ramly)
1 tin button mushroom
1 paket mixed vege (peas, jagung, carrot)
-tomato potong dadu
bawang besar dihiris dadu
bawang putih blend kasar
oregano
garam/gula
minyak zaitun (td pakai minyak sayuran, minyak zaitun dh abis)

Caranya :

- Masukkan minyak dan tumis bawang putih n besar.
- Setelah bawang kekuningan, masukkan sosej n daging burger. goreng hingga sedikit garing.
- masukkan pula tomato, sayuran campur, mushroom, oregano, garam/gula secukup rasa.
- Gaul rata n masak dalam 10 min, blh tutup api n letakkan atas doh yg telah di canai dan disapu ngn sos tomato.
- Bakar pada suhu 190 celcius dlm masa 30 min kalau tebal. kalau yg kiut2 dalam 10 min dah blh kuarkan dr oven.

p/s: sayuran blh masukkan ikut suka, blh letak juga cili benggala. cili hijau besar, dll. ikut citarasa masing. blh juga tabur lada hitam, masukkan serbuk kari ketika masukkan daging dan macam2 lagi.








3 comments:

  1. 1 kg tepung dapat 50 biji pizza kiut2 nie. ukuran dia 4x4 inci. siap bg ukuran tu :)

    ReplyDelete
  2. mesti coba...kelihatan sgt sedap!!! :)

    ReplyDelete