Dah lama ummi tak cerita2 di blog. sebenarnya byk cerita yg nak di kongsikan di blog ni tapi .... biasala, kesuntukan masa (walaupun sebenarnya byk juga masa terluang :)) menyebabkan aktiviti mengadap pc sgt terhad.
Ammar sepatutnya tahun ni sudah ke hidayah, tapi memandangkan ammar baru apply untuk kemasukan darjah 3, jadi ammar kena masuk 'waiting list' (pelajar ke 3 dari 6 org) setelah menduduki ujian kelayakan ke SRIH. Untuk pengetahuan semua, Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) ni agak famous di jb kerana satu2nya sekolah islam swasta yang byk melahirkan pelajar2 yg berkualiti. Alhamdulillah, Balqis melepasi ujian kemasukan dan berjaya memasuki ke SRIH.
Permohonan tahun 1 thn ini seramai 360 orang, tetapi SRIH hanya dpt menampung seramai 280 shj utk thn 1 dan yang benar2 lulus ujian dan menepati syarat shj diterima masuk. Ammar masih waiting list hingga bln ni, pelajar pertama dah masuk kerana ada pelajar yang keluar... maybe mengikuti keluarga berpindah. Memang agak sukar nak lihat pelajar bertukar ke sekolah lain bila sudah memasuki SRIH, kerana walaupun keadaan sekolah tidak secanggih sekolah lain.. tp pendidikan agama yang diterapkan dan yang pastinya guru2 di SRIH sangat menjaga aurat dan syariat Islam.. menyebabkan ibu bapa sgt menghargai sekolah ini (termasukla ummi dan walid ) :D. InsyaAllah, tahun hadapan ni turn aesya pulak. Minggu depan ada perjumpaan ibu bapa dan ujian kelayakan untuk aesya masuk darjah 1 thn depan di SRIH. Mudah2an aesya juga ditempatkan di sekolah ini.
Waktu pembelajaran sekolah ini dari pukul 7.40 pg hingga 2.30 ptg setiap hari kecuali hari selasa balik pukul 3.30 ptg (kerana ada mentor mentee setiap minggu) dan jumaat balik pukul 12.30 tghari. Jadi tak perlu lagi ke sekolah agama kerana subjek nya dah meliputi semua. Untuk pengetahuan semua, pelajar sekolah hidayah bukan sahaja terdiri daripada pelajar yang tinggal di kawasan berhampiran tapi juga pelajar dari pasir gudang (setiap pg terpaksa menempuhi jem utk ke sekolah ini), kulai, tiram, kempas, taman u, juga dari area kaw perumahan ummi di tmn daya, setia indah, bdr dato onn... dll. Mmg agak luarbiasa sambutan ibu bapa terhadap sekolah ini.
Masa ummi pergi temubual untuk kemasukan Balqis tahun lepas, peng interview ummi salah seorang yg bertugas di SRIH. Dia menceritakan, isterinya seorang Pengetua sekolah di jb ni juga (sekolah biasa), anak2nya semua bersekolah di SRIH dan SMIH ( sek men islam hidayah-sebelah SRIH). Agak berat juga nak menanggung yuran 5 org anak sekaligus. Tetapi mereka bertekad nak memastikan pengajian anak2 diteruskan di SRIH dan SMIH walaupun kesulitan dari segi kewangan kerana keadaan pelajar sekolah biasa sekarang sikapnya yg tidak terkawal. Alhamdulillah, tak silap katanya... anak sulungnya sudah selamat further study di jordan dalam jurusan engineering dan insyaAllah, yang lain2 akan menyusul.
Bagi ummi, yang paling penting.. akhlak anak2 ummi terjaga kerana bila mereka di luar... meraka akan terdedah dengan perkara2 yg ummi sendiri sukar nak kawal. Jadi ummi dan walid ambil keputusan bawa anak2 ummi dan walid semuanya ke SRIH dan seterusnya ke SMIH. Untuk pengetahuan semua juga, SMIH adalah satu2nya sekolah agama swasta yang mendapat 5 bintang. Selepas sekolah Foon Yew (sekolah cina yg famous di jb).
fb Sekolah Islam Hidayah : https://www.facebook.com/SekolahIslamHidayah
wepage Sekolah Islam Hidayah: http://hidayah.edu.my/
Nanti ummi sambung cerita lagi utk part 2 , ada perkara yang perlu didahulukan :D
Saya seoramg guru yang juga mengajar di sekolah rangkaian MUSLEH,dan SRI HIDAYAH dan SMI HIDAYAH merupakan salah sebuah sekolah rangkaian kami, sekolah ini menjadi contoh bagi kami semua,Bukan sahaja cemerlang akademik dan Sakhsiah,bahkan juga cemerlang dalam Ko kurikulum.Sekolah rangkaian MUSLEH terdapat di seluruh negara,insyaAllah menyediakan pendidikan yang lengkap,duniawi dan ukhrawi sebagai pilihan ibu bapa,,memang sekolah2 rangkaian MUSLEH mendapat permintaan ramai,,sekolah kami di PENANG juga,terpaksa menolak banyak permohonan kerana kemudahan kelas yang terhad.Moga pelajar2 yang mengikuti pendidikan dan Tarbiyah MUSLEH,bakal menjadi Daie yang Soleh dan Musleh kelak insyaAllah.
ReplyDeletemakasih atas komentar, ada juga nampak posting ustazah mengenai sekolah. tak silap saya 2 thn lepas sek hidayah jb jd tempat kumpul guru2 rangkaian musleh seluruh malaysia dan ada seorang guru dari penang berkunjung ke rumah kami, borong abaya :) saya rasa kawan ustazah tu kan? saya lupa namanya.
DeleteSaya juga berharap, semua anak2 saya berpeluang belajar di SIH. mereka saham2 akhirat kami :D
As salam..sgt tertarik dengan sharing puan tentang sekolah anak2..sy berminat nk hantar ank ke sekolah hidayah tp terlepas peluang darjah satu..dh apply untuk darjah 2..hope ade peluang utk belajar di situ..mmg persekitaran belajar mempengaruhi anak2 kita yg br mengenal alam sekolah..
ReplyDeletewslm. maaf ya, terlepas pandang komen ummukhadeeja. alhamdulillah, mudah2an kita dpt sediakan yg terbaik buat anak2. saya doakan anak ummukhadeeja juga mendapat peluang menuntut ilmr di sana.
Delete