mulanya ummi terfikir nak makan tauhu sumbat. tp bila tauge takde dan terfikir walid tak makan tauhu sumbat, kenala ummi ubah resepi.
mulanya ummi goreng tauhu dulu. pastu, ummi buat kuahnya. kuah tu...ummi tumis bawang putih dalam 2 ulas. bawang putih tu ketuk2 je..takyah hiris2. pastu masukkan cili kering yg telah diblend anggaran 2 sudu besar. masukkan pula 1/2 cawan air, 1 sudu sos tomato, garam dan gula. kacau hingga menggelegak. boleh tutup api. letakkan tauhu yg telah digoreng tadi dalam pinggan hidang...letakkan juga di atasnya timun(sebatang) yg telah dihiris...lastly, tuang kuah tadi ke atasnya. sedia utk dihidangkan. |
No comments:
Post a Comment