Wednesday, January 8, 2014

Bekal 2 :: Nasi Goreng Ikan Masin



Menu
Nasi Goreng Ikan Masin
  Nugget Ayam
  jus mangga (kakak, aesya, khadeeja)
sirap (ameer)
air masak (ammar)

 Alhamdulillah, baby Najla dah tidur semula setelah dia tersedar masa ummi gigih menyediakan nasi goreng ikan masin yang di 'request' oleh abang (Ammar). Selalunya dia sedar selepas subuh. 

Sebelum Ammar tidur semalam, dia sempat letak note atas bunga tu hehehe. Kakak (Balqis), request Roti Tuna Sandwich utk bekal hari ini tapi ummi tak sempat nak penuhi permintaan kakak sebab baby Najla dah mula bunyi2 :D 

 
Maka kakak pun bawaklah jugak Nasi goreng ikan masin ni. Aesya pulak tak kata apa2. Memang dia suka pun nasi ni cuma lepas balik sekolah semalam, dia ada sebut nanti ummi masak mee goreng macam haritu hehehe. Stok mee dah habis, jadi kena tunggu pegi pasar besok ummi beli.

ok, bawah ni bekal untuk 3 orang. Hari ni takde buah sebab stok buah juga dah habis. Semalam duk google lagi apa resepi yang best dan sesuai dengan selera anak2 ummi. insyaAllah, akan ummi cuba usahakan.


Ummi tambah bawang goreng, memang anak2 kalau makan nasi goreng tak pernah miss bawang goreng tu. kadang makan nasi putih pun ammar letak bawang goreng... selera dia memang gitu. 

Untuk Ameer dan Khadeeja, pagi2 dia dah sarapan susu sebotol sorang hehehe. Minggu ni minggu orientasi di tadikanya, di sekolah sampai pukul 10 je jadi bawah air dan nugget je. Kat sekolah pun ustazah bagi makan. Kadang karipap, donat, roti, dll... dah cukup kenyang utk perut kecil mereka :D. Balik baru khadeeja & Ameer request buah biasanya.




No comments:

Post a Comment