Sunday, December 6, 2009

TART KURMA ummi &TART NENAS kak hanieliza


ni resepi tart nenas kak liza...actually ummi tak pakai resepi kak liza utk tart kurma ummi. resepi ummi ada dalam buku. malas plak ummi nak menaip kt sini resepi tu. apapun resepi tart kurma ummi lebih kurang resepi tart nenas kak liza.cuma intinya yg berbeza...kalau nak buat inti tart kurma nie...ummi cuma blender kurma+sedikit air dalam food processor. takyah nak masak2 lg cam nenas. takyah letak gula gak sbb kurma mmg dh manis. pastu terus gentel bulat2 je. ikut step kak liza buat tart nenas tu. lebih menjimatkan kalau buat tart kurma nie. rasa pun sedap. setengah org tak suka makan kurma gitu je sbb manis so, inilah caranya nak bg sesapa makan kurma terutamanya anak2 kita. kurma baik utk kesihatan, kanak2 dan ibu2 yg pregnant.


TART NENAS

Bahan
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Jem Nenas..

boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek
atau..
1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air ]
1 cawan gula

Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning

Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

JEM NENAS

1 biji nenas muda [yg kulit hijau tu]
kupaskan kulit dan buangkan mata...pastu racikkan semua nenas tu kecik sikit. [batang tengah pun pun amik..jangan buang..rugi wooo]

Masukkan dalam blender..+ 1/2 cawan air..kisarkan [JANGAN TAPIS selepas kisar]

Masukkan dalam kuali [kalu boleh gunakan non-stik wok/kuali..kalau tak der..p beli kat COSWAYker..kat GIANT ker..K4 KER..]

Panaskan [masakkan] sehingga agak pekat.

Masukkan 1/2 cawan gula..tambah 1 s/b gula kalau nak manis sikit tapi kak liza rasa dah okey dah tu..

Pastu kacaulah..jangan tinggal sebab dia akan hangus oleh kerana ada gula..

kak liza tidak bubuh pewarna kuning..nanti jem tu lebam..dan juga apa asam limau sebab nenas tu kak liza amik airnya..dah cukup masam dah..original masam sebab nenas tu kan nenas muda..

kacau sehingga agak pekat dari jem nenas yg kita beli [dalam botol tu]..

No comments:

Post a Comment