Perjalanan dari Jeddah Ke Madinah
alhamdulillah, sekali lagi ummi sekeluarga diberi peluang utk menjejakkan kaki ke bumi yg penuh barokah...mekah al-mukarromah. sebelum kami ke mekah, kami ke madinah al-munawwaroh dulu. kebetulan nenek dan atuk ammar/balqis ada kat sana. mereka sampai sehari awal dari kami. kami stay kt bilik mak dan bak je sbb suma hotel kt madinah penuh(masa tu hari cuti...khamis). ptg soknya baru ada yg kuar. mulanya kami nak stay 2 hari di sana tp mak dan bak ajak kami join dorang, naik bas tabung haji dan pegi mekah sama2.
walid ingat dari airport jeddah ke madinah...nak drive aje. sewa keta dari airport. tp bila tanya kat taxi, org tu kata...utk satu keta, SR150 je. apalagi, dari sewa keta...lebih baik naik taxi je. badan pun tak penat...save skit. tp kami tertipu rupanya...taktaula kami salah faham atau org tu yg tak faham. walid dah confirmkan 2 kali sblm naik taxi ttg bayaran taxi tu. org yg arrangekan taxi tu mengiyakan. ummi pun tgk dan dengar. bila sampai je...dia mintak SR500. terkejut gak walid. dalam perjalanan tu ummi dah bincang ngn walid nak bg lebih skit kt driver tu sbg sedekah sbb dia drive dalam 3 jam ke madinah. mmg tak masuk akal sbnrnya satu keta SR150. tp org tu dh confirmkan...takpelaa, kami dah halalkan klu dia dipihak yg benar dan kami salah faham.
kat madinah, kami stay kt hotel anwar al-madinah. betul2 depan masjid nabawi. klu weekday, sewanya SR350 satu malam. klu weekend, SR400. mmg hotel2 kt situ mahal2 sewanya.mana taknya, kuar je pintu hotel...dah nampak masjid nabawi. kiranya hotel tu la yg paling murah dan dekat ngn masjid nabawi. walid ada gak survey hotel lain sbb kami rancang nak stay lg sehari. tp sumanya SR500 ke atas. yg murah ada...tp jauh la dari masjid tu. tp sure dah penuh gak. takpela..klu ada rezeki, walid bercadang nak pergi lg.
kt madinah...tempat yg kami lawati, masjid nabawi, makam rasulullah,makam abu bakar dan makam umar. kubur baqi', raudhah, pasar kurma dan masjid quba'. ummi hanya dapat solat beberapa waktu je kat masjid nabawi. lgpun kami tak lama kat sana.apapun,syukur sgt kerana diberi peluang ke tempat Rasulullah SAW menegakkan syiar Islam nie. rasa aman dn tenang sgt kt sini walaupun penuh dgn org ramai.
Ramadhan Kareem!
-
assalamualaikum, Kami team Maratussolehah Muslim House mengucapkan
Ramadhan Mubarak kepada seluruh pengunjung dan pelanggan kami للَّهُمَّ آتِ
نَفْسِى تَق...
9 years ago
No comments:
Post a Comment