Friday, October 30, 2009

Nasi Beriani Mak





(15 aug 2007)
"ummi ikut resepi nenek ammar kat JB. biasanya mak masak nasi beriani nie time raya dan hari2 special lama gak ummi nak belajar dari mak nie, sekali tanya tak berapa tangkap lg. 3, 4 kali tanya dan makan...baru boleh buat sendiri sian ummi kan, byk yg ketinggalan rupanya

klu kat JB, time kenduri kendara tentu nasi beriani menu utamanya. memang best sgt. siap dorang bg kita bungkus bawak balik lg. dorang panggil 'berkat'. mmg modal pun besar la utk kenduri tu.bayangkanla klu satu kepala RM 6 termasuk air klu catering. tu paling murah la...klu jemputannya 1000 org. mau RM6000 utk kenduri tu, makan je tau. tak termasuk lain2 lg cam bunga telur, sewa khemah, pelamin, dll. mmg modal besar la .

okla, panjang plak citer ummi nie. kat bawah nie ummi listkan bahan dan cara nak buat nasi beriani mak's style
nasi beriani mak nie mmg dipuji kesedapannya. mmg kitorang suka sgt klu mak buat nasi beriani nie. skali makan 2 pinggan tu.... confirm ummi sejak duk JB la baru makan nasi beriani. kt kelantan, mana ada org buat nasi beriani. time kenduri pun dorang makan nasi putih je. bukan setakat tanya resepi nak buat nasi beriani...tp kena tanya camna rupa daun ketumbar, pewarna (ada pewarna mmg khas utk nasi beriani), dan macam2 lagi. memang benda tu suma asing bg ummi masa tu. sejak duk JB la ummi tau suma nie"

untuk nasi ....4 org makan

bahannya:

3 cawan beras basmathi (basuh dan toskan)
3 kuntum bunga lawang (pecah2kan)
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 helai daun pandan (simpul)
2 ulas bawang putih (kisar)
1 biji bawang besar atau 5 biji bawang merah (kisar)
1 inci halia (kisar)
3 sudu besar minyak sapi atau butter
air secukupnya
garam
serbuk perasa (option)
2 cawan kuah daging beriani (dicampur dengan 2 sudu pewarna khas utk nasi beriani)

caranya
tumiskan bawang putih, bawang merah/besar, dan halia hingga naik bau.
masukkan pula daun pandan, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis.
masukkan pula beras yg telah ditoskan tadi. goreng sebentar.
pastu, masukkan air secukupnya dan garam secukup rasa. serbuk perasa jika perlu.
tutup periuk.

p/s: seeloknya nasi dimasak setelah daging beriani dimasak sbb nakkan sedikit kuah dari daging beriani.


ayam masak merah...

bahannya:
1 ekor ayam (dipotong lapan bhgn)
3 ulas bawang putih (kisar)
1 biji bawang besar atau 6 biji bawang merah (kisar)
1 inci halia (kisar)
10 tangkai cili kering (kisar)
3 sudu besar sos tomato
5 biji buah keras (kisar)
minyak
sedikit air
garam dan gula
serbuk perasa (jika suka)

caranya:
- ayam dibersihkan, dipotong lapan bahagian. dilumur dengan garam dan kunyit dan goreng. tp jgn terlalu garing. ketepikan.
- tumis bawang putih, bawang merah, halia dan cili kering hingga minyak naik ke atas.
- masukkan sos tomato, buah keras, sedikit air, garam dan gula. serbuk perasa jika suka.
- gaul hingga rata dan sesuaikan rasanya.
- masak lagi hingga hampir mendidih.
- last skali, masukkan ayam yg telah digoreng tadi dan gaulkan hingga rata.
- boleh juga dituang atas ayam yg telah diletakkan dalam pinggan.
- ikut citarasa masing2

p/s : boleh juga ditambah secawan kacang peas semasa masukkan sos tomato.


acar.... bahannya: 1/2 batang carrot (dipotong memanjang) 2 batang timun (dipotong memanjang) 2 ulas bawang puthi (kisar) 1 biji bawang besar atau 5 biji bawang merah (kisar) 5 tangkai cili kering (kisar) 1/2 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu kecil biji sawi 1 sudu kecil bijan minyak caranya: - tumiskan bawang putih, bawang merah/besar dan cili kering hingga kekuningan. - masukkanserbuk kunyit, timun dan carrot yg telah dipotong memanjang (cam dalam pic tu ) - gaul hingga rata dan biarkan seketika. - masukkan pula, biji sawi, bijan, garam dan gula. - gaul hingga rata dan sesuaikan rasanya. p/s: klu kering boleh tambah sedikit air semasa masukkan biji sawi, dll.


daging beriani...

bahannya:
1/2 kg daging (dihiris atau potong kiub)
2 sudu besar rempah beriani
2 sudu besar rempah kari
2 uls bawang putih (kisar)
8 biji bawang merah atau 1 1/2 biji bawang besar (kisar)
1 inci halis (kisar)
5 batang cili besar hijau (kisar)
10 tangkai daun ketumbar
5 tangkai daun pudina
3 sudu besar minyak sapi atau butter
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 genggam gajus yg tidak dipanggang (1 genggam, dikisar dan 1 genggam lg letak camtu je)
1 genggam kismis
2 biji tomato (belah 4)
2 sudu sos tomato
1 cawan plain yogurt atau 1 cawan susu cair diperahkan dengan 2 biji limau nipis
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa
serbuk perasa (jika perlu)

caranya :
panaskan minyak sapi / butter di dalam periuk.
tumis bawang putih, bawang merah/besar dan halia hingga naik bau.
tumiskan juga bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan rempah beriani dan rempah kari.
setelah itu, masukkan daging....gaul rata dan biarkan seketika.
masukkan yogurt yg telah dibancuh dengan air. gaulkan hingga rata.
masukkan pula sos tomato. gaul lagi.
masak hingga daging empuk.
setelah empuk...masukkan gajus, daun pudina, daun ketumbar, garam dan gula. juga serbuk perasa jika perlu. sesuaikan rasanya.
ambil 2 cawan kuah daging beriani dan dicampur dengan 2 sudu pewarna kuning, asingkan utk nasi.
setelah itu, masukkan tomato dan cili hijau yg telah dikisar.
apabila mendidih, boleh ditutup apinya.

No comments:

Post a Comment