Menu
Nasi lemak
Ayam Goreng
Coklat ( filling hazelnut+dried fruit)
oren sunkist
air sirap (kakak & aesya)
air masak (ammar)
air sirap (kakak & aesya)
air masak (ammar)
p/s:
anak2 ummi tak suka makan sambal, jadi tak letak sambal. stok bilis dah
habis jadi ganti dgn ayam. Kacang tanah pun tak letak, ada stok..tapi
lupa hehehe. Mudah2an rezeki ini diberkati :D
Hari ini ummi nak share berhubung Menu Lunch Box atau idea2 yang boleh di sediakan oleh ibu2 di rumah untuk anak2 di bawa ke sekolah. Memandangkan sekarang kos hidup semakin tinggi, ummi fikir ibu2 boleh menyediakan makanan sendiri di rumah . Selain ibu2 dapat menyediakan makanan berkhasiat, anak2 juga tidak perlu membuang masa beratur/bersesak2 untuk membeli makanan. Tiba waktu makan di kantin, anak2 bawa makanan, basuh tangan, buka bekal dan terus makan..senang bukan :D
Sebenarnya, bermula tahun ini Ammar, Balqis dan Aesya tidak pernah miss bawa bekal ke sekolah. Samada makan habis atau tidak, ummi tak kisah sebab yang penting.. ada bekal yang di bawa, jadi ummi tidak risau anak2 lapar di sekolah. Untuk pengetahuan, di SRIH waktu persekolahannya panjang. Masuk pukul 7.40 pagi dan pulang paling awal 2.30 atau pukul 4.00 petang pada hari isnin dan ada pukul 3.oo petang hari2 tertentu.
Kalau dulu, Ammar bersekolah di SKTD 3.. sekolah petang, waktu pagi kena pergi lagi sekolah agama. Jadi, byk masa di habiskan ulang alik sekolah. alhamdulillah, di SRIH...semuanya digabungkan. walapun waktu persekolahannya panjang, tidak sepanjang waktu berada di dalam kelas. ada aktiviti luar kelas seperti di surau, padang, dll. Jadi, anak2 tidaklah boring dan mengantuk sewaktu sesi pembelajaran. Hari Isnin, ada program mentor mentee. Setiap pelajar ada guru mentornya yang akan memantau.
Dah panjang ummi cerita di atas, ini sebagai permulaan menu lunch box yang ummi akan share setiap hari sebagai idea untuk ibu2 di luar sana (jika ummi berkesempatan update blog setiap hari ^_^).
Sebenarnya, ummi dapat idea ni dari seorang kenalan fb ummi 'Sue Aleen' yang setiap hari gigih menyediakan lunch box utk anak2nya ke sekolah. Seperti yang ummi pernah ceritakan tadi, bermula tahun ini memang setiap hari ummi bekalkan anak2..tetapi dengan satu menu sahaja seperti nasi goreng, mee goreng, roti sosej, dll. tapi kali ini, setelah dapat idea dari fb kenalan ummi, ummi perlu pelbagaikan makanan dalam lunch box anak2 ummi...untuk menu yang lebih sihat, memandangkan anak2 ummi tidak gemar makan sayur jadi ummi gantikan mereka dengan buah2an, dll seperti coklat, puding, dll. insyaAllah, ummi cuba usahakan untuk mereka, permata hati ummi & walid.
No comments:
Post a Comment