(15 aug 2007)
"minggu lepas ummi gi shopping barang dapur kt geant. ummi gi la kt tempat ikan, udang tu. hajat nak beli udang. tp ummi ternampak ikan kerapu plak. SR16.50 sekg. ummi ambik 2 ekor. yang sedang2. dah lama ummi tak makan ikan kerapu nie. biasanya ummi buat sweet sour la. kali ni pun ummi buat sweet sour gak. masak sekor je takut tak abis plak
resepi ummi cam resepi kak liza gak. ummi pastekan resepi kak liza je kt sini cuma gantikan ikan tu dgn ikan kerapu je. kak liza pakai ikan bawal. lg satu, ummi ada tambah cili benggala. daun bawang dan sup, takde kt sini. so, ada alasan la tak letak kan
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan bawal [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit
Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak
Cara:
1. Ikan dilumurkan garam & kunyit dan gorengkan dalam minyak sehingga masak.
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk tumisan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
4. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. Biarkan mendideh.
5. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
6. Setelah kuah pekat, tuangkan ke atas ikan bawal yg telah digoreng tadi.
7. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.
Ramadhan Kareem!
-
assalamualaikum, Kami team Maratussolehah Muslim House mengucapkan
Ramadhan Mubarak kepada seluruh pengunjung dan pelanggan kami للَّهُمَّ آتِ
نَفْسِى تَق...
9 years ago
No comments:
Post a Comment