Sunday, November 8, 2009

Muffin Peanut Butter UMi

(15 aug 2007)
"ummi dah try buat peanut butter muffin nie. alhamdulillah, menjadi plak. ummi pakai resepi basic muffin yg ummi ambik dari forum cari.com kiriman sue klu tak silap. cuma ummi tambah 4 sudu besar penaut butter kacang kasar dalam adunan dan utk filling, ummi letak peanut butter yg ada lapis blackberry.

ni resepi basic muffin tu...

bahan A
2 cawan tepung gandum + 2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan gula

bahan B
1 biji telur
3/4 cawan susu segar
1/4 cawan minyak jagung
- satukan bahan B dan pukul hingga sebati

caranya
panaskan oven pada suhu 175 degree.
satukan bahan A dan gaulkan sekali dengan 4 sudu besar peanut butter kacang kasar.
- ummi tambah juga segenggam kismis.
masukkan pula bahan B yg telah disatukan.
gaul hingga rata.
masukkan dalam muffin cup.
pastu bakar selama 20 minit atau hingga masak.

No comments:

Post a Comment