


masa umi upload kembali pics balqis ni..balqis ada di sebelah. bila tunjuk kt dia pics dia nie, dia kata.." ni gambar kakak masa kt umah ummi dulu". hehehe, kalau rumah di saudi..anak2 umi semua panggil "umah ummi". bila balik msia, diorang panggil " umah nenek". tp sekarang dorang dah tau x duk saudi lg..mula2 balik aritu..ammar dan balqis selalu tanya, bila nak balik umah ummi? dah terangkan kt mereka yg walid dah x keje kt sana lg. walid ambil keputusan pulang ke msia kerana nak focus pada biz walid n duk dekat ngn nenek n atuk. sian kt nenek n atuk, selalu rindukan ammar, balqis, dan aesya masa tu bila kami sekeluarga pulang ke saudi. hanya video conference kt ym tu la yg membuatkan ammar n balqis rasa dekat ngn nenek n atuk dia sbb blh nampak muka.



aesya pula sempat duk saudi lebih kurang setahun sbb pas bersalin aesya 30 hari walid balik msia amik ummi n semua balik saudi. kiranya aesya dah merasa naik flight sejak usia 30 hari. masa tu risau jgk nak bawak aesya naik flight sbb kecik lg tp dah tanya doc aesya camana, dia kata baby 2 minggu dah blh naik flight klu xde masalah yg berat. alhamdulillah, kami selamat sampai ke saudi tanpa ada sebarang masalah. cuma umi sedikit keletihan kerana masa tu umi masih lg dalam pantang.
ammar pula biasala..dia x kisah pun tinggal di mana. yg penting selalu gi umah nenek n atuk dia. biasala dia, klu gi umah nenek n atuk dia, mulala dia cari sepupu2 dia. sepupu2 ammar ramai yg masih sekolah rendah so, byk kawan. tu yg dia seronok sgt ke sana. mak long ammar pula ada kedai runcit, itu juga salah satu sbb ammar suka ke umah nenek sbb boleh gi kedai mak long nya beli jajan. balqis ikut je la mana abang dia gi.
sekarang ammar dah 6 thn, balqis 4 thn, aesya 2 thn n ameer 1 tahun. semuanya sedang membesar dan nak cuba macam2 hehehe. umi skrg pun tgh pregnant 4 bln :D. mmg umi kadang x menang tgn melayan kerenah anak2 ummi. tp bila duk termenung sorang2, seronoknya melalui kehidupan sbg seorang ibu dgn anak2 membesar depan mata. rasa berbaloi bila kita lihat perkembangannya yg positif. insyaAllah, umi n walid akan buat yg terbaik untuk anak2 umi n walid. cuma bila ada kekurangan, harap umi n walid dapat bimbingan dr Allah swt.




No comments:
Post a Comment