
(6 feb 2008)
"Assalamualaikum suma....
Tak sangka la dalam kesibukan meng 'update' thread kt wmc...kena tag plak ngn ct. kenala spend masa utk buat karangan yang tak cam karangan nie



hehehe, camana ek nak start nie. dulu mmg minat buat karangan...siap masuk pertandingan menulis esei lagi. tapi dapat sijil je la dari DBP

okla...terus jawab soklan ct tu

"Write about what or how or why you gave the name(s) to ur kids"
Alhamdulillah, ni putera sulung kami. lahir di Pusat Rawatan Keluarga Al-Farabi, Kuantan. Sebelum tu gi check up kt Kuantan Medical Centre. Lg sebulan nak bersalin tu, dua2 doktor pompuan kat KMC tu further study kt oman. terpaksalah kami cari tempat bersalin yg lain. Ingat nak gi Kuantan Specialist tp pening nak cari hospital tu kt bandar kuantan. terus gi al-farabi yg dekat ngn stadium kuantan tu



masa bersalin ammar mmg susah sikitla sbb maklumla anak pertama. pengalaman baru bg ummi. alhamdulillah, ummi selamat melahirkan ammar tepat jam 9.01 pagi jumaat, tanggal 8 oktober 2004





ammar lahir awal 12 hari dari due, sepatutnya due 20 oktober. tp ammar tak sabar nak tgk ummi dan walidnya



nama ammar zharfan nie ummi dah cari sejak ummi tau ummi pregnant lg. 'ammar' , mmg ummi suka nama tu sbb panggilan dia lembut..lgpun ummi suka kalau nama anak ummi ada nama tokoh2 islam dahulukala. seperti ammar bin yasir yg kematian ibunya..sumayyah semata2 nak menegakkan kalimah Allah. Umi doakan moga Ammar menajdi anak yg soleh dan sentiasa berpegang pada ajaran Islam ...insyaAllah. 'Zharfan' plak ummi tgk kt majala PA & MA. Rasanya nama tu jarang digunakan lg. lagipun maknanya ummi suka. Makna 'Zharfan', yang cerdik, yang pintar. Makna 'Ammar', yang beriman.
insyaAllah, 2 minggu lagi Ammar start sekolah tadika kt compound nie. Ammar baru 3 thn..tp ummi suka ammar ke sekolah sbb dia suka berkawan. Sian plak kt dia terperap aja kt umah. Takpun main ngn balqis dan aesya je



No comments:
Post a Comment