Friday, November 15, 2013

Majlis Ihtifal SRIH 2013 - Amani Balqis - 1 Bukhari

Balqis dengan 3 anugerahnya.


Alhamdulillah, hari ni dapat menghadiri Majlis Ihtifal SRIH 2013 di dewan TNB di kempas walaupun ummi bawa baby yang baru 19 hari. Alhamdulillah, baby Najla langsung tidak meragam, cuma kadang2 nak menyusu sahaja. 


  3x naik stage tp ammar sempat snap sekali jer.

Sampai di sana dalam pukul 9 pagi, memang plan pergi lewat sedikit memandangkan majlis tersebut akan berakhir pukul 1 petang... agak lama majlisnya. Dari mula lagi ummi berharap urusan Balqis di sana siap awal, jadi boleh keluar awal dari Majlis sebab nanti tak perlu bersesak-sesak dengan orang lain keluar parking hehehe. 

 
Balqis & her bestfriend ( Syarah & Liya)

Memang agak teruja sedikit ke Majlis ni sebab ummi tak pernah pergi pun majlis penyampaian hadiah/anugerah sekolah. kalau tadika dah biasa pergi. Alhamdulillah, Balqis dapat 3 anugerah. Anugerah Penghafaz Terbaik, Tilawah Terbaik & Anugerah Kecemerlangan KSSR.

 

No comments:

Post a Comment