Wednesday, December 9, 2009

Moist Chocolate Cake (Kak hannah)



Ummi ambik resepi kek coklat nie kat forum gak. First time dapat kek coklat yang gelap cami dan betul2 moist. Kek nie ummi buat satu adunan je tp ummi bagikan dua. satu ummi bakar, satu ummi kukus. nak tgk apa perbezaannya. Ummi suka yang bakar sbb yang bakar lagi cantik bila kita kuarkan dari loyang tu. yang kukus, melekat skit...pastu bau dia tak naik sgt. tp lagi moist yang kukus...yang bakar nie, ummi letak topping yg kat forum tu jugak.
versi bakar....


versi kukus...


RICH CHOCOLATE MOIST CAKE - penerangan panjang lebar ni..
resepi nie ummi copy n paste dari forum tu.

6 oz butter (170.1gm)
14 oz gula castor (396.9 gm) - boleh kurangkan 12 oz je
3 biji telur ayam

BAHAN2 INI DIBANCUH BERSAMA:

1 sudu teh NESCAFE
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila - boleh tukar vanila kepada lemon / orange
1 sudu teh chocolate EMULCO - selain emulco, boleh guna PASTE atau OIL.. perisa tu boleh je guna coklat or coffee atau mocca..

BAHAN2 INI DI AYAK BERSAMA:

8 oz tepung HIGH PROTEIN (226 gm) - boleh juga guna tepung gandum
2 1/4 oz serbuk koko (63.8 gm) - guna yg non branded untuk warna kek yg kehitaman
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh soda bicarbonate
1 1/2 sudu teh baking powder

7 oz air sejuk - air dlm peti ais


CARA MEMBUATNYA:

GUNA MIXER FULL SPEED:

1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan campuran NESCAFE dan esen2.

PERINGKAT SETERUSNYA INI, SILA GUNAKAN SPATULA ATAU WHISKER - JGN GUNA MIXER LAGI (tu yg menyebabkan kek berkawah sebab kek berat, bila pukul laju2 dia merajuk..)

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan - KACAU PERLAHAN2 - SATU ARAH SAHAJA SAMPAI TEPUNG HILANG DARI PANDANGAN..
5. Masukkan air sejuk sedikit2 sambil di gaul perlahan2
6. Bakar dalam loyang 9" persegi dengan suhu 170C selama 50-60 minit.
ATAU
kukus - tutup loyang dgn aluminium foil - guna api biasa.. selama 1 1/2 jam..

BAHAN2 ICING:
semua bahan2 ini boleh je agak2 .. tak perlu exact.. rasa ikut citarasa masing2

1 tin susu pekat - kurangpun aiman tak kisah!!
1 sudu teh esen vanila - boleh ganti lemon atau orange
1/2 cawan minyak jagung - boleh ganti butter
1/3 cawan serbuk koko
sedikit garam
1/2 buku cream cheese - kalau suka.. nak letak lebih pun boleh.. make sure pecah2kan dulu cream cheese tu supaya well blend dlm tu.. kalau tak nanti takut dia masih berketul and ambik lama masa nak sebatikan..

CARA MEMBUAT ICING - PROSES INI SEKADAR SUAM2 JE.. AND BAHAN2 BERSATU.. JGN OVER HEAT, NANTI BERKETUL2 DAN TAK SMOOTH!!

1. Campurkan susu, koko dan minyak.
2. Masak di atas api yang sederhana sehingga pekat.
3. Masukkan garam dan vanila.
4. Tuangkan ke atas kek rata2 - curah je lah atas kek masa nak hidang..

No comments:

Post a Comment