Thursday, December 10, 2009

Udang Tempura

laksa johor nie ummi makan ngan udang tempura. saje je tambah lauk ...lg pun nak test resepi udang tempura yg ummi tgk kt tv masa kat mesia dulu. klu tak silap, hosnya masa tu erra fazira. alhamdulillah, menajdi jugak udang tempura ummi nie. tp keropok2nya tak halus sgt. taktau mana silapnya. lgpun ummi tak salin resepi udang tempura tu, main save dalam kepala je. mungkin ada yg tertinggal kot bahannya. tp klu ikut resepi ummi nie, stil menjadi...





bahan2
udang 10 ekor (sederhana besar)
2 biji telur
2 cawan tepung gandum
5 ketul ais kiub
sedikit oregano, theme dan daun bay (option, saje je letak nie)
air sejuk
garam
minyak

caranya

1. Masukkan tepung, ais kiub, garam, telur, oregano, theme, bay dan sedikit air sejuk(agak2 je, jgn byk sgt...nti cair plak adunan tu) ke dalam bekas, kacau rata.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Minyak tu mestila banyak. Bila kita letak udang tu, udang tu mestila tenggelam.
3. Bila minyak betul2 panas...boleh test tepung yg dibancuh td. letak satu sudu...kalau tepung tu berpecah...maka akan jadila keropok2 tu nanti.Kalau tak berpecah, ada la kesilapan teknikal tu
Kena pastikan adunan tepung tu sejuk semasa menggoreng.
4. Pas test tepung tu, kalau ok...bolehla celupkan udang tadi dalam tepung dan goreng hingga udang td habis.
5 Kalau ada lebihan tepung..boleh goreng tepung tu. Lagi byk keropoknya, lg best
6. Siap utk dihidangkan.


No comments:

Post a Comment