(31 july 2007)
"haaa...ni lg satu favorite walid. ummi pun suka jugak. masak lemak tempoyak nie mmg menu wajib kat umah mak mertua bila musim durian. klu tak musim durian pun mmg dapat makan gak masak lemak tempoyak nie sbb mak memang simpan durian dlm freezer dia utk time2 teringin makan durian.
aritu masa gi umrah mak ada bwakkan tempoyak utk kami sekeluarga kat saudi nie. walid yg mintak mak bawakkan. terfikir gak ummi, camana agaknya nenek ammar nak bawak tempoyak dalam fight nie...tentu bau semerbak je nti. heheheee, mmg betul tekaan ummi. nenek ammar ada cerita. masa transit tu, ada org yg ikut jemaah mak bercakap2. drang kata ada bau durian, kat mana agaknya ya. kat sini pun ada durian gak . mak tersenyum sorang2, buat taktau je pastu.
dapatla kami merasa masak lemak durian kt sini. mmg berjimat cermat ummi masak lemak tempoyak nie. klu ada belen tak abis tu, masuk freezer laa jawabnya. sayang nak buang walau tinggal setengah mangkuk je lg. mmg walid pun pesan gak kt ummi, jgn buang yg belen tu, nti boleh panaskan . heheheee, ni tentu akan jadi pengalaman yg paling manis sepanjang ummi duk kat saudi nie.
setakat nie ummi dah buat 2 kali masak lemak tempoyak nie. satu letak udang, satu letak ikan bilis. klu letak ikan pun boleh gak tp tak try lagi. tu menu akan datang. sok dah planning nak masak lain .
MASAK LEMAK TEMPOYAK
Bahan-bahan
10 ekor udang (medium)/ ikan bilis segenggam
2 cawan Santan
4 biji Bawang merah }ditumbuk halus
1 inci Kunyit hidup } ditumbuk halus @ 1 sudu serbuk kunyit
Garam dan gula } secukup rasa
boleh gak letak daun kunyit (lg sedap aroma dan rasanya)
Cara-cara
1. Masukkan santan ke dalam periuk.
2. Masukkan juga, bawang merah, kunyit hidup/serbuk kunyit dan udang/bilis.
3. Apabila hampir mendidih, masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Sedia untuk dihidangkan.
Ramadhan Kareem!
-
assalamualaikum, Kami team Maratussolehah Muslim House mengucapkan
Ramadhan Mubarak kepada seluruh pengunjung dan pelanggan kami للَّهُمَّ آتِ
نَفْسِى تَق...
9 years ago
No comments:
Post a Comment