Sunday, November 15, 2009

Satay Daging (Bakar)

ada satu hari tu ummi beli daging yg low fat. daging tu dipotong panjang2. masa ummi basuh daging tu utk simpan dalam freezer, ummi tgk daging tu cam lembut sgt. ummi terfikir, mungkin ni daging yg org yg buat tu. ummi pun rasa nak try buat datay. first time ummi buat satay, keras kejung . ummi pakai daging yg ada lemak skit. memang masa tu ummi taktau pun ada daging2 jugak yg boleh dibuat satay.

malam tu ummi pun perapla daging tu dgn rempah yg ummi buat sendiri. rempah yg ummi buat nie ikut resepi ma ummi. mmg kat kelantan klu musim raya haji, kitorang akan buat bakar2 satay atau ayam. kongsi2 la dgn jiran2 kt umah tu...dorang pun bukan org lain, sedara mara gak. masa tu la berpeluang berkumpul suma sbb ramai yg balik bercuti time tu.

ni resepi cara nak buat rempah utk rendam daging tu...

bahan2
1/2 kg daging
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 batang serai
1 inci kunyit hidup/ 1 sudu serbuk kunyit
garam dan gula
minyak
sedikit kicap

cara
blend suma bahan di atas kecuali daging.
daging tadi dhiris dan dibasuh.
kemudian masukkan daging ke dalam bekas dan tuang ke atasnya bahan yg telah diblend td.
gaul hingga rata dan perap semalaman.
dalam dalam ice box bahagian bawah.
soknya, baru cucuk kat batang lidi.
sedia utk dibakar .

bolehla dihidangkan dengan nnasi impit, timun dan bawang besar yg dipotong. jgn lupa plak kuah kacang tu. ummi lupa plak nak snap pic kuah kacang ummi.

utk resepi kuah kacang plak...ummi buat simple2 jer tp still sedap

bahan2
1/2 kg kacang (ummi terus goreng dengan minyak, pastu blend dgn kulit2nya skali, rasanya takde effect ape2 pd rasanya. tp blend kasar ya, jgn halus sgt)
2 ulas bawang putih(blend)
1 biji bawang besar(blend. ummi kt sini pakai bawang besar je, bawang merah kt sini mahal sgt )
1 batang serai (diketuk)
1 inci halia (blend)
10 tangkai cili kering (blend)
1 ketul gula melaka
garam
serbuk perasa (klu suka)
1 paket santan segera (kt sini pakai santan segera je , santan tu dibancuh dgn air suam)
minyak

caranya...
tumis bawang putih, bawang besar, halia, dan cili kering hingga naik bau.
masukkan pula santan, serai dan kacang tanah yg telah dikisar kasar td.
masukkan juga gula melaka. kacau sekali sekala hingga gula melaka tu cair.
bila hampir menggelegak dan gula melaka cair, masukkan garam dan serbuk perasa.
sesuaikan rasanya.
bila menggelegak, tutup api dan sedia utk dihidangkan

No comments:

Post a Comment

Post a Comment