Bahan2:
1 ekor ayam (potongi ikut suka)
8 ulas bawang putih (kisar halus)
2 biji bawang besar (kisar halus)
2 inci halia (kisar halus)
10 tangkai cili kering (kisar halus)
3 batang serai (diketuk)
santan 1 biji kelapa
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 keping asam keping
garam & gula/gula merah secukupnya
minyak secukup (menumis atau goreng ayam)
cara2:
- ayam dipotong dan dibersihkan.
-ayam digoreng terlebih dahulu (klu ikut resepi turun temurun, ayam dipanggang dan dilumurkan dengan kuahnya). tp ummi goreng sahaja sbb walid x suka ayam tanpa rempah dibakar :)
- untuk kuahnya, masukkan minyak secukupnya utk menumis ke dalam kuali.
- tumis bawang putih, bawang merah, hali, cili kering, serai hingga minyak terasing.
- masukkan pula santan, serbuk kunyit..kacau rata.
- masukkan pula garam dan gula secukupnya. sesuaikan rasanya.
- bila kuah agak pekat dan mendidih, tutup api.
- masukkan ayam yg telah digoreng tadi ke dalam kuah, kacau rata.
- selepas itu, bolehla dihidangkan dengan apa juga jenis nasi :)
No comments:
Post a Comment