






dalam perjalanan ke mekah, kami singgah di beberapa tempat utk solat asar dan maghrib isyak(jama'/qasar). alhamdulillah, ammar dan balqis tak byk kerenah dalam bas. separuh perjalanan...ammar dan balqis pun tido sampai ke mekah

masa tawaf tu...walid dukung balqis. ummi pimpin tgn ammar. nak masuk pusingan ke 4, ammar mula mengadu penat dan mintak dukung. 2 pusingan gakla ummi dukung ammar. mmg berat



pas abis saei, kami duduk rehat jap kt bukit marwah. terfikir juga time tu betapa penatnya siti hajar berkejar2 cari air utk puteranya ismail dari bukit safa ke marwah.kat situ jugak kami bertahallul (bergunting sekurang2nya 3 helai rambut). selesai kami mengerjakan umrah malam tu kira2 pukul 2.30 pg. sampai je bilik, terus mandi dan duk kejap. rasa takleh tido plak sbb badan dah penat sgt. lastly, dalam kepenatan tu, terlelap juga akhirnya.
kami berada di mekah selama 5 hari. dari jumaat malam hingga tenghari rabu. mmg stay kat bilik mak dan bak je. suma hotel dah penuh. skrg nie musim cuti sekolah so, org arab sendiri ambil peluang dtg ke mekah. ummi berpeluang beberapa kali solat di masjidilharam dalam 5 hari tu. ummi tak pegi setiap waktu sbb klu waktu siang, terlalu panas, walid tak izinkan. biasanya nenek dan atuk ammar/balqis tak balik bilik pas maghrib...terus tunggu isya'. ummi pernah gi sekali maghrib terus ke isya' tp ammar dan balqis takleh tunggu lama. nanti dorang tak duk diam. ummi biasanya gi solat waktu isya' je pas walid balik dari masjid. masa tu bolehla bawak ammar dan balqis sbb org dah kurang dan cuaca pun sejuk skit.walid yg jaga dorang masa ummi solat. time tu jugak berpeluang naik ketingkat atas masjid. dapat tgk kaabah dari atas.
kat sini kita boleh tgk macam2 ragam manusia. kat sini ada yg mengamalkan mazhab hanafi, maliki, hambali, dan shafi'e. ada yg solat tutup suma...ada yg nampak kaki, ada yg nampak rambut skit, dan macam2 lagi. apapun, kita dari rumpun yg sama. Islam yg kita anuti dan keredhaan Allah yg kita cari.
sepanjang 5 hari tu juga...walid dapat mengerjakan 7 kali umrah. ummi 1 umrah je

selepas solat zohor hari rabu tu...kami sekali lagi ke kaabah utk mengerjakan tawaf wida' (tawaf selamat tinggal). tawaf wida' merupakan perkara wajib umrah dan haji. wajib mengerjakannya sblm meninggalkan mekah al-mukarromah. ummi pegi dgn walid je...ammar dan balqis tinggal ngn nenek dan atuk kt bilik. pas tawaf, kami hanya naik ke bilik utk ambil beg sahaja. mmg itula syarat2nya. dah tak boleh rehat2 dan tido. tp sebelum bertolak tu, dibolehkan utk membeli makanan utk makan sepanjang perjalanan. tp tak boleh membeli belah perkara lain spt baju, dll.
walid mmg dah arrangekan taxi dari awal. taxi dari mekah ke jeddah SR 130. ambil masa 1 jam utk sampai airport. petang tu flight pukul 6 ptg. dalam flight ammar tido, balqis apalagi....makan2 la sampai flight tu mendarat. perjalanan ambil masa 2 jam. opas sampai airport, ummi terus cari musolla...nak solat jama'/qasar maghrib isyak. sampai umah dalam kul 10 mlm.
No comments:
Post a Comment