Wednesday, April 16, 2014

Aira Najla Arman & 1st meal ... Puri Lobak Merah.

Alhamdulillah Najla dah nak masuk 6 bln. Cepat je masa berlalu. Baby kali ni cepat sikit kena bg makan sebab masa gi amik vaksin Najla 5 bln hari tu, berat Najla naik 1.2kg je,. Masa lahir Najla 2.75kg. Amik vaksin masa 3 months.. Najla 5kg, jd naik lebih 2kg. & 7 bln naik tak sampai 2 kg.. jd graph berat Najla di garisan bawah..tak berapa cantik tp still ok lg. Doc sarankan Najla di beri makanan yg halus. Memang masuk 5 bln ni Najla agak excited sikit nampak makanan, macam kelaparan gitu hihihi.

Untuk makanan pertama ni untuk buatkan Najla ... Puri Lobak Merah. Umi rebus dulu Lobak Merak tu dan blender halus. Doc kata, bila dah start bg makan... dah blh start juga bg minum air masak. Umi bg air zamzam sbb ada stok dirumah. Najla tak pandai minum botol jadi picit je sikit2 air ke mulut dia :). Pertama kali makan, separuh tak abis. Meal seterusnya pastu, Najla abiskan dengan jayanya :D

Pinjam cawan SRIH kak aisyah, umi dah tak berminat beli mangkuk khas utk baby sejak anak dah masuk 6 ni hihihi.  Pakai apa yang ada je, boleh jugakkan ..jd takdela membazir, pakai pun sekejap je.


 Mula la menyembur time makan.. kena buka habis semua baju.. tak pakai bib pun, masa anak sorang dua dulu rajin jgk beli bib baby, skrg main sapu2 je terus hihihi. 


Najla dah mula  kira jari, agaknya Najla nak berapa org adik lg tu :D

 Gambar ni time lain, ceria sgt la tu . 


Najla masuk 4 bulan dah pandai meniarap, skrg ni dah pandai angkat badan dan dah makin mengiring2 nak duduk agaknya. tapi merangkak ke depan blm lg.

Wednesday, February 12, 2014

Aiskrim Buah

 Nak share juga idea aiskrim buah ni. Panggil aiskrim sbb cucuk dengan batang aiskrim tp hakikatnya buah celup coklat :). Salah satu cara nak bg anak2 makan buah. Boleh juga celup strawberry, anggur, pisang, dll. 
Batang aiskrim ni umi beli dari kedai Bakeri Rizqeen ( kak halijah di adda height).

Caranya, buang kulit buah. hiris sedang2, jgn nipis sgt sbb nti susah nak cucuk batang aiskrim tu. Cairkan cooking choc, sementara tu buah masuk bhgn freezer ice box nak bg sejuk selama 1 jam lebih kurang. Bila choc dah cair, celup buah yg telah di sejuk bekukan dan tabur choc rice atau kacang tanah kisar. Umi ada juga buat yg tabur kacang tanah kisar, tp tak sempat snap.. semua dah nak makan :), kebetulan anak2 baru balik dari sekolah, jd terus je amik.

Tuesday, February 11, 2014

Bekal 20 :: Roti Telur Za'atar

 Alhamdulillah, rezeki pagi ini Roti Telur Za'atar / Thyme. Za'atar tu panggilan org Arab pd thyme ni. Isi dalam tu umi letak chick sosej, cassava hashbrown, timun dan tomato. Salad2 takde stok :)

Cara buat roti telur tu, telur tu di pukul dgn za'atar dan sedikit garam. Letak sedikit minyak dlm kuali nonstick, dan masak.

 Bekal anak2 umi tak buat spt dlm pinggan tu sbb anak2 tak mkn sos kecuali Balqis suka sos tomato. 
Roti tu potong 2 dan umi isi dgn hashbrown. Sosej letak tepi je.


 Baby ceria ni dah bangun.

Dah mandi, mula la nak tido tu :)

Monday, February 10, 2014

Bekal 19 :: Beriani Gam Adami & Chicken Broasted

Menu bekal hari ini Nasi Beriani Gam Adami. Nama Adami tu sempena nama rempah beriani gam brand adami yang umi selalu gunakan untuk buat Nasi Beriani yg cepat dan pantas :D.  Selain Rempah Beriani Gam, produk lain brand Adami juga byk umi gunakan spt kerisik, rempah soto, mee bandung, mee rebus, bubur lambuk, dll. 

Kalau nak cepat memang umi cuma letak Rempah ni, daun pandan dan hirisan halia shj dalam nasi. Rasanya spt Nasi Beriani yang kita buat sendiri... letak kuah daging beriani. Dalam paket ni siap ada kacang gajus & kismis. Memang sgt sedap, sentiasa ada stok kalau tiba2 rasa nak makan dan taknak berlama-lamaan di dapur :). 

Kalau sesiapa yang nak mengenali pengusaha dan produk2 Adami ni boleh refer link ni  ADAMI, anak jati Johor. 

 Lauknya pulak umi goreng ayam celup tepung brand adami juga. Tapi umi perap ayam tu dulu dengan Italian Herbs, Serbuk Lada Putih Brand Adami juga & cuka delima. Masa nak menggoreng tu baru umi balik-balikkan ayam dalam Tepung Ayam Brand Adami ni, tepung nya putih je, berbeza dengan tepung goreng ayam adabi yg berwarna oren. Sejak umi rasa tepung ayam goreng adami, rasa macam ala2 ayam kfc pun ada. Tapi kena perap dulu dengan bahan yg umi nyatakan tadi.

Ermm, macam promote produk Adami kan, tapi apa salahnya kalau kita promosikan produk Muslim kan. 

Acar tu umi potong dadu timun, tomato, bawang besar dan hiris cili besar merah. Letak sedikit gula, garam dan cuka delima. Boleh juga masukkan minyak zaitun (pevoo). Pastu gaul rata. 

Acar buah tu pula umi dah lama buat, simpan dalam peti ais tahan lama. Umi buat acar buah ikan masin, resepinya ada di link ni ' ACAR BUAH IKAN MASIN'


Sunday, February 9, 2014

Sup Gearbox Singapore

Ni first time umi buat Sup Gearbox Singapore. Umi teruja tengok video rancangan Chef Bob Asli di tv suria (spore channel). Ada videonya di Youtube, klik pada foto di bawah utk tgk video penuh.. kalau nak resepinya yang best ni, kena tgk video tu sampai habis. sangat best resepinya, rugi tak cuba.

http://www.youtube.com/watch?v=vcW7GAg1oSc





Bekal 18 :: Pancake Choc Chip

Alhamdulillah, ni menu bekal semalam. Bekal hari ni goreng mee & cornflakes madu lagi, menu ulangan je jadi takde gambar :D. 

Pancake ni umi beli tepung kotak yang dah siap, tinggal tambah telur 3 biji, air dan satu bhn lg umi lupa, ada instructionnya di kotak. Umi cuma tambah vanilla dan choc chip dlm adunan. Choc chip tak berapa nampak sbb duk dalam pancake. Dalam foto tu umi potong 2 supaya senang masuk bekas. agak tebal tapi lembut sangat2. Tak sempat nak buat nipis2, alamatnya kesiangan nanti anak umi pegi sekolah.  Kalau nak buat apam balik pun boleh pakai tepug segera pancake ni sbb teksturnya sama. Produk ni produk D'Rosni, seperti foto di bawah yang umi google. 

Apapun umi taknak mengecewakan ibu2 yang nak buat sendiri adunan pancake, boleh refer resepi di bawah ni, umi biasa intai blog che mat gebu/tiffinbiru utk resepi2 yg menarik.Umi copy/paste je ya. 

PANCAKE

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
1 biji telur gred A
1 cawan susu segar
2 camca besar gula halus
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh esen vanilla 
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
Buah2an segar pilihan anda (mat guna strawberry, blueberry dan isi orange)
Madu atau maple syrup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan telur, susu, gula dan garam. Kacau rata dengan whisk. Tambah tepung yang diayak tadi, gaul rata. Tambah esen vanilla dan mentega cair. Kacau hingga semua sebati. Rehatkan adunan 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan, kecil kan api pada tahap minima. Lenser dengan sedikit minyak (mat sapu dengan kitchen paper towel bersih yang dicelop sedikit minyak masak). Cedok 1/4 cawan adunan pancake dan tuang di tengah pan tadi. Biar ia rata dengan sendiri.
  3. Tutup pan dengan tudung periuk. Bila permukaan pancake nampak berlubang2 dan kering, terbalikkan dan masak sekejap hingga keemasan. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan. Lenser sedikit minyak setiap kali membuat pancake baru.
  4. Hidangkan bersama buah2 segar pilihan anda dan paipkan sedikit madu atau maple syrup dan kalau suka boleh letak sedikit mentega. Menghasilkan 9 - 10 keping pancake.....Selamat mencuba!!...

Wednesday, February 5, 2014

Bekal 17 :: Muffin Pisang & Roti French Garlic

Menu breakfast bekal hari ni simple je. Menghabiskan bahan2 di dapur. Dah 2 hari tak update bekal, bukan tak bawak bekal tapi menu yg sama umi tak updatela sebab tujuan asal umi share bekal ni untuk berkongsi menu2 sarapan pagi/mkn tghari yg berlainan kpd ibu2 yg gigih menyediakan bekal setiap hari. Kadang2 kita kehabisan idea dlm menyediakan bekal utk anak2. Bukan takde menu lain, tapi apa yg nak dibekalkn mestilah mengikut selera anak2. Kalau yg kita bekalkn tu anak2 tak mkn/tak suka... uminya la yg kena habiskan hihihi.  

Hari ni garlic bread tu umi masuk oven je. potong siap2, sapu butter, sapu garlic yg umi dah blender ( sbnrnya lg sedap aroma & rasa garlic yg dipotong dadu halus), tabur thyme/za'atar dan tabur parmesan cheese. bakar pd suhu 190C hingga kekuningan dan garing.


Untuk resepi Muffin yg sgt sedap dan gebu ni.., umi intai blog mamafami yg mmg sgt pandai membaking, dll. Sebelum ni umi pernah beberapa kali buat muffin pisang tp hasilnya agak keras... alhamdulillah, tak sia2 mengoogle resepi ni semalam :). 


EASY BANANA MUFFINS
Posted by MamaFaMi
Source : Easter Bunny via Allrecipes


Ingredients :

3/4 cup all-purpose flour - umi pakai 1 1/2 cup tpg gandum
 3/4 cup whole wheat flour - umi tak pkai tpg ni wlu ada stok sbb nk cpt pg2 :)
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
4 bananas, mashed - umi pkai 6 biji pisang kecik.
1/2 cup castor sugar
1/4 cup brown sugar - takde stok jd ganti dgn castor sugar
1/3 cup canola oil - umi pakai natural oil canola/sunflower
1 egg
Some chocolate chips
Vanilla essence

Method :

1. Preheat oven to 170 C. Arrange the papercups on a baking tray.
2. Sift the dry ingredients into a bowl. I sifted trice. Set aside.
3. Mix bananas, white and brown sugar, canola oil, vanilla essence and egg together in a separate large bowl.
4. Fold in the dry ingredients into the banana mixture until just incorporated. Scoop batter into prepared muffin cups, 3/4 full.
5. Sprinkle with some chocolate chips.
6. Bake in the preheated oven until muffins spring back when lightly tapped in the middle, 20 to 25 minutes.

Sunday, February 2, 2014

Bekal 16 :: Nasi Goreng Cina & Chicken Ball

 Menu hari ini, Nasi Goreng Cina dan Chicken Ball. Lain2, bawak roti cream butterscotch dan cocopie. Hari ni blk pukul 4 jd byk sikit bawa makanan. Hari ni juga dah mula sekolah spt biasa. Kalau sekolah kebangsaan cuti hingga selasa. 

Ameer & khadeeja ikut cuti sekolah biasa. jadi rabu baru sekolah. Persiapan pagi pun agak santai sbb keseskan berkurangan hingga selasa :)

Ni kakak & abg. sejak mula sekolah, ni baru dpt amik gambar. Aesya masa ni tgh solat subuh jd tak masuk gamarla :). besok2 nti umi amik gambar aesya.

Wednesday, January 29, 2014

Bekal 15 :: Piza Roti & Roti Butter

  
Menu hari ini Piza Roti & Roti Butter. Piza roti tu kakak bawak, dia memang suka..sarapan tadi siap makan siap2 dulu sebelum pegi sekolah. Kalau tak, tak berselera nak makan pagi2. Biasanya sebelum pegi sekolah, memandangkan anak2 tak berselera nak makan awal pagi, umi sudukan madu sesudu sorang untuk tenaga segera :). Ammar jer kurang nak makan madu pagi2, yg lain ok. Tapi dia minum jgk, pagi2 vico la umi buat, favorite Ammar.

Hari ni Ameer & Khadeeja dah start cuti hingga selasa, jadi kurang kesesakan waktu pagi hehehe. Ammar & Aesya bawak Roti Butter cicah madu. Hari ni sekolah balik pukul 2.30 ptg. SRIH cuti jumaat-ahad je. Jadual SRIH sangat padat, ada je aktiviti sepanjang minggu. Setiap ibubapa sudah diberikan jadual perjalanan sekolah untuk setahun terus jadi ibubapa boleh plan dan tau apa aktiviti anak2 di sekolah. 

Resipi untuk Piza Roti boleh lihat di SINI. Sangat simple dan cepat disediakan. Toppingnya boleh juga letak tuna, mix vege, isi ayam, dll. Hari ini umi letak sosej yang dihiris nipis dan cili benggala yang dipotong dadu. Tabur cheddar cheese dan mozarella. 

Tuesday, January 28, 2014

Bekal 14 :: Nasi Goreng Pattaya & Muffin Jagung

Menu hari ni agak berat juga memandangkan anak2 di SRIH balik pukul 4. Sepatutnya hari ni balik pukul 2  lebih tapi kakak, aesya dan abang masuk kelas tambahan bahasa arab. Kelas tambahan suka2, sapa2 nak pegi boleh masuk sekali. Kakak jenis yg suka ambil peluang jadi dia happy je masuk kelas tu. Aesya pulak ikut je kemana kakak, dia pun nampak seronok sbb dpt ikut kakak. Kelas ni campur dari darjah 1-6. Tak silap baru 12 org. Jadi dpt belajar dgn aman dan lebih fokus serta santai sbb kelas suka2 hihihi. 

Menu hari ni Nasi Goreng Pattaya dan Muffin Jagung. Nasi dalam telur tu, nasi goreng ikan masin. Favorite anak2. Sebelum ni tak pernah buat untuk diorang nasi bungkus2 macamni .. tadi abang tanya, apa dalam tu umi?. Kepelikan pulak dia sebab tak pernah tgk lagi. 



Muffin jagung ni simple je resepi nya. ok, ni resepinya... 

Bahan A: 1 cup jagung krim dalam tin. 1 cup gula, 1 cup minyak, 1 biji telur dan umi tambah esen vanila 1 sudu kecil. Bahan A ni satukan dalam bowl dan gaul sebati. 

Bahan B : 2 cup tepung gandum, 1 sudu kecil baking powder & baking soda, 1 sudu kecil garam. Bahan B ni di ayak bersama  dan dimasukkan ke dalam bahan A. Gaul rata. Masukkan dalam paper cup dan bakar pada suhu 180C sehingga masak, kira2 20 min. 

Maaf ya, umi jenis yg tak minat tulis resepi seperti org lain huhuhu... Suka terangkan dalam ayat terus sbb lagi jimat masa dan cepat. Masa amat2 terhad dengan rutin harian, bukan mengeluh tapi sangat seronok menguruskan rumahtangga ... insyaAllah :D. 

Lagi satu, papercup muffin yg umi pakai ni sgt besar. Ianya lebih sesuai untuk roti atau kek osaka (tgh bercita2 nak buat kek ni tp blm terlaksana). Memandangkan papercup keras camni dah kehabisan di rumah jadi pakai je apa yg ada. 

Bekal 13 :: Roti Canai & Cornflakes Bermadu

Menu hari ini roti canai segera. Umi tak buat kuah kari sbb anak2 tak suka cicah dengan kari, jadinya.. cicah dengan madu asli brand 'toyyibah'. Roti canai tu umi letak garlic dan butter sewaktu masak, jadi aroma garlic tu sgt sedap :). 

Honey Cornflakes tu umi rasanya ramai yg tau buat, sgt simple dan cepat.

Monday, January 27, 2014

Bekal 12 :: Falafel & Garlic Bread


 
 Menu bekal hari ini Falafel dan Garlic Bread. Hari ni umi pakai falafel yg siap di adun, tgl tambah air je 200 ml. Falafel kotak ni umi beli di kedai arab al-batool di Taman U dekat dgn UTM. Masa di Saudi dulu umi beli yg dah siap, tinggal mkn je di restoran arab dekat khobar. Di Mekah pun banyak jual di kedai pakistan/arab. Antara makanan tradisi org Arab tetapi umi kurang pasti dari negara mana. Mungkin jugak lebanese atau asal saudi sendiri. 

 
 Masa dekat Saudi umi tak pernah perasan pun falafel instant ni. Memandangkan kat restoran ada jual yg siap jadi tak pernah cari. Bila balik Malaysia, tu yang kemaruk cari resepi arab :). Umi pernah buat sendiri falafel ni, boleh refer resepi di SINI.  

Dalam cup biru tu, cream cheese spread brand Almarai. Antara brand keluaran saudi yg sgt popular. Semua produk tenusu ada brand ni seperti yogurt/laban, segala jenis cheese, susu segar, air kotak, dll. Masa umi duk Abu dhabi pun produk brand Almarai ni plg byk di hypermarketnya. Masa tu umi kemaruk jgkla beli mozarella dan cheddar cheese bawak blk malaysia time cuti. Sekilo baru SR25 gitu. Kalau duit Malaysia dlm RM23/24, beza sikit jer masa tu.

Alhamdulillah, dah ada jual di Msia di kedai arab. yg umi pernah pegi kedai arab dekat plaza idaman gombak, deretan rumah kedai belakang sekali yg mengadap apartments. Klu di jb ni dekat kedai al batool tu la, di tmn u.


 
 Dalam roti pita tu jgk umi masukkan isi ayam grill ni dengan bwg besar dan hirisan daun ketumbar. Umi ada masukkan jgk kentang goreng. Terung, umi tak msukkan sbb takde stok di rumah. Bahan ni gaul dgn cream cheese atau garlic mayonis. Pastu, masukkan dalam roti pita tu bersama falafel.


Garlic bread ni favorite Ammar. Roti tu potong serong atau bulat, sapu butter. Sebelum tu ketuk bwg putih dan hiris dadu halus2. Masa nak masak tu ambik roti yg telah di sapu butter, tekap atas garlic td. Pakai kuali leper/ kuali non stick. Api kecil jr bg masak rata dan garing.



Saturday, January 25, 2014

Bekal 11 :: Nasi Lemak & Pisang Keju




Menu bekal hari ini tak menepati resepi sebenar :). Nasi umi buat Nasi Lemak, sambalnya ada tapi umi letak dlm bekas asing yg comel, Ammar je bawak sambal bilis, yg lain2 taknak. Memandangkan blm ke pasar jadi habiskan apa je yg ada dalam kulkas (ice box).


Yang bawak pisang keju, kakakla..favorite dia. Pakai pisang tanduk. Buah hari ini, anggur hitam. Utk resepi goreng pisang rangup blh tgk di SINI. Lepas goreng pisang, masa panas2 boleh taburkan cheddar cheese dan choc rice.


Wednesday, January 22, 2014

Bekal 10 :: Sandwich Tuna/Butter & Cornflakes Madu


Bekal hari ni Roti Sandwich tuna untuk kakak (balqis) & yang lain2 Roti Butter. Kakak je yg suka makan tuna, yg lain2 memang tak minat. First time juga pagi2 buat honey cornflakes. Pakai paper cup yg besar. Cornflakes tu umi gaul dengan sedikit gula dan butter yg telah dicairkn. Umi cairkn dalam microwave je, pakai gula halus jadi cepat larut. Lepastu gaul dengan cornflakes & madu, tabur sekali kacang tanah kisar. Baunya menyelerakan pagi2 ni.  Dah gaul tu, umi masukkn dlm papercup & tabur rice color tu. Bakar dlm oven sekejap dengan suhu 170C selama 10 min. 


Ni scramble egg. Umi pakai susu segar1/2 cawan. butter, cili flakes, dan thyme@za'tar, sedikit garam & 3 biji telur. Gaul semua bahan kecuali butter. Panaskn butter dlm kuali non stick dan masukkn adunan telur. 


Sedap plk makan ni pagi2 hehehe. Rasa macam nak raya pun ada. InsyaAllah, umi cuba buat kelainan dlm setiap hidangan bekal anak2. Mudah2an sesiapa yg membaca blog ni dapat manfaat dan makin bersemangat ke dapur untuk menyediakan juadah seharian keluarga :)


5 org anak, 5 bekal hehehe. 

Tuesday, January 21, 2014

Cream Cheese Cracker


Idea nak buat cream cheese cracker ni datang sebab nak habiskan stok biskut cream cracker. Takut lama2 jadi tak sedap. Ni pun first time umi try resepi ni dan hasilnya seperti foto tersebut. Sangat sedap, cuma lupa nak letak cheddar cheese atasnya, umi letak choc rice selepas sapu cream cheese. Rasanya kalau letak cheddar cheese memang lagi sedap macam kek cheese lava yang tengah hot sekarang :).

Resipi original boleh ambil di sini . Blog cik epal yang umi google2 je. Cuma ada beberapa perkara yang umi ubah. Susu tu umi pakai susu segar brand 'farm best'...farm nya pernah masuk dokumentari di tv, terletak di mawai kota tinggi. Cream cheese sama brand 'philadelphia' . Biskut cracker tu umi pakai brand 'julie's'.  Susu pekat tu umi pakai brand ' marigold'.  Brand je lain kan, tapi still benda yang sama.  Pastu umi tabur choc rice. Nestum tu brand 'nestle'. 



Untuk resepi ni dapat satu bekas besar tu. Resepi ni simple jer, tak perlu bakar2..jadi sesiapa pun boleh buat. Untuk tetamu2 yang datang ke rumah pun sangat sesuai sebagai dessert.