Sunday, November 8, 2009

Kuih Lapis Kacang Hijau (Kak Hanieliza)


(15 aug 2007)
"haaa..ni lagi satu resepi kak liza yg ummi ceduk dari fp kak liza nampak cam best je pic kuih lapis ni kt fp kak liza sampai ummi teruja nak buat kuih lapis nie . bila ummi buat ikut resepi kak liza, mmg ummi suka sgt kuih nie. mmg sedap sgt. ummi ada bg gak kat jiran sbb ummi buat satu loyang. sapa nak abiskan...mmg sedap tp tak mampu ummi nak abiskan satu loyang tu. balqis pun suka gak. "


ummi cuma copy n paste je resepi nie dr fp kak liza

KUEH LAPIS KACANG HIJAU

Bahan A
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung jagung
garam

Bahan B
1/2 cawan kacang hijau yg telah direbus kembang
1/2 cawan air
pewarna hijau

Bahan C
1/2 cawan air

Cara
1. Gaukan semua bahan A sehingga sebati. Tapiskan. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
2. Campurkan bahan B dalam 1 bahagian dan kacau rata.
3. Campurkan bahan C dalam 1 bahagian lagi. Kacau rata.
4. Sapukan minyak pada loyang bulat atau empat segi berukuran 8 inci.
5. Tuangkan 1 senduk adunan B dalam loyang dan kukus selama 7 minit.
6. Lapiskan lagi 1 senduk adunan C diatas lapisan tadi dan kukus selama 7 minit lagi.
7. Ulang proses melapis sehingga adunan habis.
8. Bila telah masak sejukkan betul-betul baru potong dengan pisau pelastik.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment