Wednesday, December 9, 2009

Kek Gula Hangus (Puan Halimah)



First time ummi buat kek nie tak menjadi langsung. takde pun sarang2 tu. tp tak ingatla pakai resepi mana. Ni ummi ambik resepi kat forum cari.com...resepi kek gula hangus Puan Halimah yang di hantar oleh Yumie kt forum tu. Alhamdulillah, menjadik plak tu, tahan lama kek nie. seminggu duk pun ok lagi.



Kek Gula Hangus Puan Halimah

1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sd besar mentega

* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

4 bijik telor
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila

Cara2:-
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan cucu pekat - Mixer hingga rata
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanila
last kekali, masukkan gula hangus tadi.

Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.

Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas & bawah.

No comments:

Post a Comment