Wednesday, September 29, 2010

PASEMBOR (rojak penang)


PASEMBOR (rojak penang)

bahan2 (kuah) :
2 biji keledek sederhana besar (rebus n blend halus)
5 tangkai cili kering (rendam n blend halus)
4 ulas bawang putih (blend halus)
2 biji bawang besar (blend halus)
1 cawan kacang tanah yg telah digoreng n kisar kasar
2 sudu gula merah
garam secukup rasa

cara2:
-masukkan keledek, cili kering,bawang putih/besar dan gula merah.
- kacau hingga rata dan biarkan sedikit mendidih.
- masukkan garam secukup rasa dan kacang tanah yg dikisar kasar.
- kacau hingga rata lagi, setelah mendidih..tutup api.
- setelah bahan cucur dan sayurannya siap di letakkan dalam bekas hidang, bolehla sendukkan kuah ke atasnya.

bahan2 cucur :
1/2 kg tepung gandum
segenggam taugeh (basuh n toskan)
1 ikat daun kucai ( potong kira2 2cm)
1 sudu kecil serbuk penaik
udang segar secukupnya (buang kepala shj)
air suam secukupnya
garam secukup rasa.
minyak utk menggoreng

cara2:
-masukkan tepung & serbuk penaik ke dalam bekas. kacau rata.
-masukkan air secukupnya, jgn terlalu cair. gaulkan.
- masukkan pula, taugeh, daun kucai dan garam secukup rasa.
- biarkan dalam 10 min.
- panaskan minyak dalam kuali.
-sendukkan adunan dan letakkan seekor udang.
-goreng hingga kekuningan.
- pootong dadu besar2..masukan ke dalam satu bekas hidangan.

bahan2 sayuran, dll:
tauhu (di goreng dan potong dadu besar2)
cili hijau (hiris kasar)
telur (rebus n buang kulitnya)
2 sudu sambal belacan (ummi pakai pes rojak petis)
taugeh secukupnya
kacang kisar kasar secukupnya

cara2:
-masukkan tauhu, cili hijau, sambal belacan, taugeh dan kacang kisar ke dalam satu bekas.
- gaulkan rata.
- pastu, taburkan ke atas cucur udang yg telah di letakkan dalam bekas hidangan.
- aturkan jga telur rebus yg telah di hiris.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment