Tuesday, January 21, 2014

Cream Cheese Cracker


Idea nak buat cream cheese cracker ni datang sebab nak habiskan stok biskut cream cracker. Takut lama2 jadi tak sedap. Ni pun first time umi try resepi ni dan hasilnya seperti foto tersebut. Sangat sedap, cuma lupa nak letak cheddar cheese atasnya, umi letak choc rice selepas sapu cream cheese. Rasanya kalau letak cheddar cheese memang lagi sedap macam kek cheese lava yang tengah hot sekarang :).

Resipi original boleh ambil di sini . Blog cik epal yang umi google2 je. Cuma ada beberapa perkara yang umi ubah. Susu tu umi pakai susu segar brand 'farm best'...farm nya pernah masuk dokumentari di tv, terletak di mawai kota tinggi. Cream cheese sama brand 'philadelphia' . Biskut cracker tu umi pakai brand 'julie's'.  Susu pekat tu umi pakai brand ' marigold'.  Brand je lain kan, tapi still benda yang sama.  Pastu umi tabur choc rice. Nestum tu brand 'nestle'. 



Untuk resepi ni dapat satu bekas besar tu. Resepi ni simple jer, tak perlu bakar2..jadi sesiapa pun boleh buat. Untuk tetamu2 yang datang ke rumah pun sangat sesuai sebagai dessert. 

1 comment: