Monday, August 9, 2010

Ahlan Ya Ramadhan


AHLAN YA RAMADHAN

Alhamdulillah, bertemu lagi di bulan yg dinanti-nanti oleh umat Islam sekalian. ummi sekeluarga rasa amat bersyukur kerana diberi peluang lagi menjalani ibadah puasa pada tahun ini walaupun ummi sedang sarat mengandung. hari ini ummi sudah 35 minggu, hanya tgl beberapa minggu lagi untuk ummi berjuang pula melahirkan amanah Allah yg ke 5 ini. mudah2an Allah permudahkan segala urusan ummi dan juga urusan anak2 ummi di hari ummi bersalin nanti kerana anak2 ummi mungkin ditinggalkan dengan mak long mereka sehari kalau tokma (ma ummi) tidak dapat dtg sebelum ummi bersalin. Jangan byk kerenah ya anak2ku :)

Kepada pelanggan2 setia 'Mar'atussolehah Muslim House' mudah2an ibadah kita semua pada bulan ini akan berlipatganda. Kami sekeluarga memohon jutaan kemaafan jika sepanjang berurusan, ada salah silap dan ketidakpuasan hati pelanggan kepada kami. Mudah2an Allah permudahkan urusan kami dalam urusan perniagaan ini, berkati rezeki kami sekeluarga dan melipatgandakan usaha kami dalam mengembangkan produk2 muslim... insyaAllah.

Kepada anak2 ummi, ummi sebenarnya masih berfikir camana ummi nak minta anak2 ummi berpuasa. Ammar dan Balqis sudah boleh cuba2 untuk berpuasa. Orang kata puasa separuh hari hehehe cam ummi masa kecik2 dulu walaupun xde istilah berpuasa separuh hari :). Tentu ustazah di sekolah ada terangkan bagaimana berpuasa dan apa yg boleh n x blh buat semasa berpuasa (sbb ammar lebih fokus dgr ustazah dia bgtau drpd ummi yg bgtau). Tapi bila ammar balik rumah bgtau ummi apa yg ustazah dia bgtau...time tu la ummi berpeluang menerangkan yg lain2 lagi sbb bg ammar apa yg ustazah bgtau semua ada benarnya.

Teringat sewaktu ummi masih kecil menjalani ibadah puasa. ummi memang rajin sekali pergi ke surau utk menunaikan solat terawikh walaupun pergi seorang diri. Blh dikatakan jauh juga dr rumah bg ummi yg masih sekolah rendah dlm 1/2km. untuk ke surau tersebut, melalui tepi2 rumah org...jadi tidaklah terlalu sunyi. Arwah abah ummi tak pernah melarang sbb ummi mmg minat ke surau sejak dr kecil. Lgpun ummi belajar fardhu ain, mengaji, dll di surau yg sama setiap hari selepas waktu sekolah. Masa tu arwah abah ummi masih bekerja di Kuala Lumpur (sebelum bersara dr tentera). Kami tinggal gi Kg Seri Gombak, Selangor.

Semasa ummi menunaikan solat terawikh di surau tersebut, ummi selalu perhatikan seorang kakak yg bejubah dan bertudung labuh. Ummi x kenal pun sapa kakak tu tp ummi suka sgt tgk dia yg begitu sopan dan terlalu mengambil berat tentang aurat. Sejak dr itu juga ummi bercita2 berpakaian seperti dia bila dewasa nanti. Tapi sebenarnya ummi xtau di mana hendak mulakan. Cuma ummi ada simpan hasrat begitu. Bila teringat kembali rasa amat bersyukur dan alhamdulillah Allah dengar isi hati ummi, dan Allah makbulkan hasrat murni ummi itu untuk berpakaian seperti kakak tersebut dan istiqomah sehingga sekarang berkat bimbingan suami ummi.

Setelah ummi form 4, ummi dihantar pulang ke kg tinggal bersama arwah nenek ummi. Arwah abah ada pulang ke kg juga sekali sekala semasa ummi bersekolah di kelantan kerana hendak bina rumah sendiri berdekatan dengan rumah arwah nenek sbg persediaan rumah apabila arwah abah sudah bersara. Maknanya arwah abah nak menghabiskan masanya di kg setelah bertahun2 mencari rezeki merantau di tempat org. Semasa ummi form 5, semua sekali berpindah ke kelantan walaupun rumah yg arwah abah bina belum siap sepenuhnya. Di kelantan ummi lebih byk dapat pendedahan kepada penghijrahan ummi sebagai seorang muslimah. Semasa di bulan puasa, mmg ummi x boleh meninggalkan tabiat ummi mengerjakan solat terawikh. Setiap hari arwah abah akan hantar ummi bersolat di masjid Lubok Jong. sedangkan arwah abah bersolat di surau berhadapan kedai makan arwah abah. sementara tunggu arwah abah dtg ambil, sempat juga ummi menjamah 'moreh' :).

Begitulah kenangan ummi sepanjang ummi berada di kg semasa bulan puasa. Sekarang semuanya tinggal kenangan, arwah abah sudah dijemput Ilahi. arwah nenek ummi juga. Arwah abah adalah org yg sangat membantu ummi dalam penghijrahan ummi sbg seorang muslimah dan diteruskan oleh suami ummi :).
Mudah2an roh arwah abah dicucuri rahmat dan digolongkan dalam golongan orang2 yg beruntung. Ummi sebagai anak insyaAllah akan sentiasa mendoakan kesejahteraan arwah abah di sana.




1 comment:

  1. Selamat menyambut Ramadhan al mubarak buat kak nora sekeluarga ye...:) Insya ALLAH semoga kita sbg ibu diberi kekuatan untuk mendidik anak2 menjadi generasi Al-Quran...ameenn...

    ReplyDelete