Alhamdulillah, kesyukuran yg tidak terhingga. ummi selamat melahirkan cahayamata yg ke 5 pada 23 ramadhan 1431H bersamaan hari Jumaat. Pada pukul 12.39 tengahari di Puteri Specialist Hospital.
Walaupun byk juga dugaan yg ummi tempuhi sepanjang ummi pregnantkan yg ke 5 ini, alhamdulillah termakbul juga doa ummi untuk bersalinkan cahayamata ummi ini pada hari Jumaat. Bersyukur padaMu ya Allah kerana permudahkan segala urusan ummi sewaktu bersalin.
Ummi dah keluar tanda sejak rabu malam lagi sewaktu ummi nak ambil wudu' solat isya'. tp ummi x rasa sakit2 pun. cuma lenguh2 pinggang cam biasa je la. so, ummi xdela nak bergegas ke hospital. ummi tunggu di rumah sahaja hingga ummi rasa betul2 perlu ke hospital. Ummi tunggu hingga pagi Jumaat, 3 september/23 ramadhan. Rasa cam sakit dah kuat skit tp still ummi rasa boleh bertahan. Kalau ikutkan ummi rasa taknak lg ke hospital. tp walid kata, baik gi sekarang. Ummi bersiap2, terus gi ambil ammar dan balqis kt sekolah (10.30 pg). Terus hantar ke rumah nenek mereka di kangkar. Dalam kul 11.30 pg ummi sampai si hospital dan terus ke labour room...buat CTG 1/2 jam. contraction rasa makin kuat sket tp ummi still boleh tahan dan senyum2 :). bila dah siap buat CTG, bidan tu kata sket jer contraction ummi. huhuhu, ummi rasa kuat...maybe mesin CTG tu rosak agaknya ehehe. Lastly bidan cek jalan..katanya dah terasa kepala baby n dah 6-7cm. Cepat2 dorang prepare brg2 kt labour room sebelah tempat ummi lahirkan aesya n ameer sblm nie. Masa nak tukat baju, ummi dah rasa nak 'push'. Bidan tu cepat2 call doc n minta ummi sabar. Alhamdulillah sempat doc dtg. Tali pusat terbelilit 2x di leher baby, alhamdulillah takde effect apa2 pada baby walaupun baby agak kebiruan. selepas potong tali pusat, bidan terus letak baby bawah heater jap sblh ummi dan balut baby. sambil tunggu doc siapkan ummi, keluarkan uri dan darah beku, sempat juga bidan hulur baby kt ummi n susukan terus. alhamdulillah, baby sudah pandai hisap susu :).
memandangkan ummi bersalin tghari, jadi walid sempat ke masjid utk tunaikan solat jumaat. sebenarnya masa tgh buat CTG tu sempat juga ummi berdoa dalam hati moga ummi bersalin sblm waktu zohor supaya walid dapat ke masjid tunaikan solat jumaat walaupun ummi cam x rasa yg ummi akan bersalin sblm zohor sbb sakit blm terlalu kuat lg. Alhamdulillah, termakbul doa ummi. Selepas ummi di bawa ke bilik (bilik 607) :), ummi rehatla sambil tgk tv n berbual ngn walid. Nak tido rasa cam x ngantuk walaupun ummi agak kepenatan selepas melalui proses bersalin. Selepas ummi makan tghari (dah xleh posa hehe), ummi suh walid balik jenguk anak2. Taktau camana keadaan anak2 ummi kt umah nenek dorg. Huhuhu, bukan risaukan apa..cuma risaukan ammar dan balqis x duk diam kt umah nenek dorg. Nanti sian nenek kepenatan. alhamdulillah...ada mak long dorg tolong tgkkan skali. Walid berbuka kt umah nenek. Pas buka posa, walid bawa wonderkids pulang ke rumah. Malam pas walid solat terawikh di rumah (solat di rumah sbb xde org tgkkan anak2). dalam kull 10 malam walid n anak2 ke hospital jenguk ummi. Sian ameer, tido plak dia dalam stroller. Aesya yg paling teruja tgk baby, mmg tiap2 hari sblm bersalin aesya tanya ummi bila baby nak keluar. Cam x percaya pun ada agaknya ummi dah bersalin dan ada baby. hehehe, hingga hari ini aesya paling suka tgk baby, dia la yg suka mlayan adiknya tu, sambil buat suara cam baby jgk :).
alhamdulillah, setelah seminggu ..baru ummi dan walid berjaya letak nama baby :) ummi suka nama khadeeja. jadi walid yg letak bahagian depannya...'aliya' yg bermaksud , 'tinggi' n 'plg mulia'. khadeeja ummi yg letak ' nama isteri Rasulullah'. so, gabungan nama tersebut, 'ALIYA KHADEEJA'. alhamdulillah, moga anak2 ummi menjadi anak yg soleh dan solehah. itula doa ummi yg selalu ummi doakan x kira bila2 masa ummi terfikir.
berbaki 7 hari lg puasa ramadhan selepas ummi bersalin, ummi x puasala :). kena ganti 8 hari puasa thn ni. hari pertama ummi di rumah, walid yg masak. ummi lupa walid masak apa..lupa juga nak snap. sian walid, berbuka ngn anak2 jer :) soknya, walid bli jer kt bazaar ramadhan, 'nasi arab maqhlubah' kt kg melayu majidee sbb walid x sempat masak. byk brg nak kena pack, berkejar pula ke post office. hari ke 3 ummi dah xleh duk diam. ummi dah start masak walau walid nak buat semua. ummi rasa dah ok, jln slow2 la. xde masalah insyaAllah.
alhamdulillah, ammar pula sempat berpuasa 23 hari. thn pertama mula puasa. insyaAllah, cuba thn dpn pula ya ammar :) nanti walid belikan hadiah lain pula. thn ni ammar dapat keta control...klu kanak2 lain maybe dapat duit. ammar xtau nak gunakan duit utk apa hehehe. takut dia berbelanja atas bas sekolah plak beli jajan. tu yg x penah bg pegang duit. balqis pula puasa takat tghair jer, blk sekolah dah mintak susu :). xpela, insyaAllah thn depan blh cuba lg.
persiapan raya thn ni ala kadar saja. xdeshopping baju raya kt luar, ummi just tempah baj kurung n baju melayu anak2 pada tailor ummi. baju ummi sudah tntu 'abaya maratussolehah' hehe. walid pun berjubah sahaja. sejak blk dr saudi mmg walid lebih suka berjubah sewaktu lebaran. thn ni warna tema hitam n putih.
Ramadhan Kareem!
-
assalamualaikum, Kami team Maratussolehah Muslim House mengucapkan
Ramadhan Mubarak kepada seluruh pengunjung dan pelanggan kami للَّهُمَّ آتِ
نَفْسِى تَق...
9 years ago
No comments:
Post a Comment