Wednesday, March 2, 2011

Selamat Ulangtahun AMANI BALQIS - 5 years ( 030311)


Alhamdulillah, anak ummi yg kedua AMANI BALQIS sudah berusia 5 tahun. Sekejap jer rasanya masa berlalu. Ummi doakan balqis membesar sebagai seorang anak yang Solehah, menghormati orang tua, dan taat pada Allah yang Maha Esa.

Masa kelahiran Balqis, ummi dan walid begitu seronok dan bersyukur kerana dikurniakan anak perempuan pertama setelah mendapat Ammar (abg Balqis). Balqis lahir dengan berat 2.89kg di Penawar Specialist Hospital, Pasir Gudang. Pada jam 12.03 pg bersamaan hari Jumaat, tahun 2006. Ummi induce sbb walid pulang bercuti seminggu sahaja, masa tu walid sudah bekerja di Saudi.

huhuhu..lama betul ummi amik masa nak sambung citer pasal balqis nie. sebulan berlalu....

alhamdulillah, balqis membesar seperti kanak2 lain. biasala ank perempuan, rajinnya lebih sedikit dr abgnya klu buat kje rumah dan tgkkan adik2nya bila ummi kebizian :). balqis suka sgt membaca terutamanya buku2 sekolah dia. xtaula brp kali dia khatam semua buku2 sekolah dia. mngaji pun alhamdulillah, x perlu nk paksa2. balqis jg minat tolong ummi buat kek. bertenggekla dia kt dapo sampai ummi siap buat kek.

thn ni ummi buatkn balqis kek dan roti pizza utk dijamu pd kawan2 balqis di sekolah. ummi dh bgtau, xde tiup2 lilin :) bukan amalan ummi sekeluarga.

ummi doakan balqis membesar sbg seorang anak yg solehah. taat pada Allah dan menghormati org tua. mengamalkn setiap ajaran islam dan meninggalkn yg mungkar. moga berjaya di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment