Tuesday, November 1, 2011

Dah masuk Nov 2011



Sedar tak sedar dah penghujung tahun 2011 ya. Bermula semalam 1 nov... anak2 ummi menjalani peperiksaan akhir tahun di sekolah. Balqis dan Aesya di al-amin, abang (ammar) di SKTD3. Tahun ni ummi tak banyak update blog. Agak padat sedikit rutin harian ummi. Resepi2 ummi banyak update di facebook. insyaallah ummi akan cuba update juga di blog.


Ameer dan Khadeeja masih tidur lagi. Biasanya ummi dah kejut awal2 pagi. Kalau kerap sgt bangun lambat nanti tahun depan susah pula nk kejut ameer ke sekolah. Cerita pasal ameer, sebenarnya tahun depan ameer baru masuk 3 tahun. Tapi ummi dan walid fikir nak hantar ameer ke al-amin macam kakak (balqis) dan aesya. biar dia ramai kawan dan boleh berkomunikasi dengan baik. Nak mulakan juga pembacaan iqra'nya. sekarang dia banyak belajar dari vcd sambil nyanyi2. Ameer jenis yg suka memerhati. Dia tak banyak cakap. Kalau orang usik dia pun, dia senyum2 jer. Nampakla lesung pipitnya di sebelah kiri tu hehehe. Dia memang mewarisi perwatakan walidnya masa kecil. Agak pendiam dan peka dengan keadaan sekeliling. Peka camana?? Bila ummi mintak kakak atau sesiapa sahaja ambilkan sesuatu, ameer la dulu yang bangun pergi ambil. tak perlu ulang banyak kali kalau bercakap dengannya, dia cepat faham dan tindakannya juga cepat :D. Dia agak sensitif kalau sesiapa sahaja usik adiknya (khadeeja). dia akan balas sambil tinggikan suara tanda marah.

Khadeeja pula dah makin aktif. Sibuk nak dengar lagu2 dari youtube. Pantang ummi dan dan kakak/abgnya pegang laptop. Mulala dia sibuk sama nak tgk. kalau tgk dendiam takpe, ni dia jugak nak tekan2 sama. Main tekan jer mana yang sempat hehehe. Huhuhu, khadeeja dah nangis tu. Nak kena setelkan dia dulu. InsyaAllah, nanti ummi update resepi2 yg ummi update di fb ke sini. Senang nak refer kan.

No comments:

Post a Comment