assalamualaikum...
Dah lama rasanya tidak mencoretkan sesuatu. Alasan yang sama, keterbatasan masa menguruskan rumahtangga dan perniagaan bersama walid. Itu untungnya bekerja sendiri dari rumah. Tiap2 hari berdepan dengan 'wonder kids'. Melayan kerenah mereka yang semakin hari semakin membesar. 5 orang anak, 5 ragam dan kerenah yg berbeza. Tapi agak terkawal juga kerana yg 'bintun' melebihi 'walad' hehehe. Ummi memang suka bintun lebih ramai, walaupun agak mencabar juga menjaga anak2 bintun ni hingga dewasa nanti. Tapi zaman sekarang ni tak kurang juga mencabarnya jaga anak2 walad.
Apa yang ummi nak berkongsi di sini berkenaan dengan kebimbangan ibu bapa dan persepsi masyarakat luar bila mempunyai anak ramai. Kadang2 ummi ada terbaca posting2 di fb, artikel2, dll berkenaan kebimbangan seperti ini. Ummi akur, kita semua berbeza pendapat dan pandangan yg kita rasa sesuai dengan apa yg kita fikirkan dan alami... ummi raikan juga. Ummi juga ada pandangan ummi sendiri berhubung hal ini kerana ummi melaluinya. Melalui proses melahirkan dan membesarkan anak2 seramai 5 orang yg beza umur antar setahun lebih seorang. Mungkin tidak seramai yg memiliki anak 8, 10 atau 12 orang. Tetapi 5 orang juga cukup menggambarkan keadaan yg menyebabkan orang fikir, ummi kelam kabut, ummi takde masa rehat, dll :D Ummi akui, mempunyai anak ramai agak terbatas sedikit utk lakukan aktiviti sendiri seperti membaca, menjahit, berlama-lamaan di depan pc, memasak yg bukan kebiasaan (cookies, cake) dll. Ummi sebutkan semua perkara itu kerana itu adalah perkara yang ummi suka buat sebelum mempunyai 'wonderkids' :D.
Apa yang ummi nyatakan di sini, mempunyai anak2 yg ramai adalah suatu nikmat yang tidak terhingga. Hati sentiasa berbunga2 dan terhibur dengan kerenah mereka. Memberi kekuatan setiap hari untuk meneruskan kehidupan. Memang kadang2 ada juga yang mencabar kesabaran, tp bila difikirkan kembali. Semua itu hanya sedikit ujian Allah kepada kita, tapi ganjarannya amat besar di sisi Allah. Kita sebagai ibu bapa, perlu mencorakkan kehidupan mereka ke jalan yang sebenarnya selagi terdaya, selebihnya kita berserah kepada Allah. Sebagai ibu bapa juga, setiap waktu jangan lupa doakan segala kebaikan untuk anak2. Tidak kirala di mana dan apa yg sedang kita buat..tidak semestinya selepas solat, waktu sujud pn boleh, tgh memasak pun boleh, tgh iron baju pn boleh, sebelum tido pn blh doakan mereka.
Kadang2 sedih juga ada yg meluahkan rasa tidak puashati bila mempunyai anak ramai. Menyusahkan, tidak sempat, terabai, masalah kewangan, dll kata2 negatif yg boleh memburukkan lagi keadaan. Bila perkara2 negatif ini berada dalam kepala kita, takde yang elokla jadinya. Takde usaha dan perubahan yg kita lakukan untuk memperbaiki keadaan. malah menyalahkan mereka dan keadaan sekeliling. keadaan jadi kelam kabut dan kacau bilau bila semuanya tidak terurus.
Situasi di atas memang sering kita dengar. Cuba kita letakkan di mana diri kita, apa tanggungjawab kita sebenarnya. mempunyai anak mmg tidak semudah yg di sangka, apatah lagi mempunyai anak yang ramai. Cuba cari di mana tujuan kita sebenarnya. setiap perkara yg kita lakukan tentula ada sebabnya. Tentu kita dah fikir kenapa kita mahu mempunyai anak.
ummi ada baca buku ' wanita istimewa' 5 gaya hidup wanita cemerlang. bukan saja wanita yg bekerjaya. Malah yg menjadi surirumah sepenuh masa. pertama sekali, wanita yg ber ' INISIATIF'. wanita yg berupaya mengawal kehidupannya, ada matlamat yg jelas untuk mencapai apa yg diingininya, tabah berhadapan segala cabaran walaupun luarannya tampak lembut tetapi dalamannya tegas. untuk mengaitkan dengan apa yg dibincangkan, setiap ibu bapa perlula ada tujuan yg jelas sblm mempunyai anak2. bukan sahaja memenuhi tuntutan naluri perasaan ingin memiliki, tetapi juga selari dengan tuntutan agama. mendidik anak2 ke arah jalan kebaikan walau dalam apa jua keadaan pun.
Perkara kedua gaya hidup wanita cemerlang ini, 'DIRI SENDIRI'. Percaya kepada kemampuan diri sendiri. Tidak jemu mencuba apa yg terbaik utk keluarganya terutamanya kepada anak2. kerana anak2 yg baru mengenali dunia ini tidak tahu apa yg baik dan buruknya sesuatu perkara. kita yg mencorakkannya. Percaya yg kita boleh melakukannya. Jika berlaku kegagalan, tidak meletakkannya sebagai jalan akhir tetapi mencari jalan mencuba perkara yang lain. Tiada istilah kegagalan dalam kamus hidupnya.
Wanita istimewa yg ketiga, 'MENETAPKAN MATLAMAT'. Fokus pada matlamat. Wanita ini tahu di mana hala tujunya, yg pastinya kita sebagai wanita Muslim segala apa yg dilakukan hanyalah kerana Allah swt..itu pokok pangkalnya. mendidik anak adalah perkara yg dituntut dalam Islam. rasulullah adalah contoh terbaik mendidik anak2nya.
Yang keempat, 'BIJAKSANA DLM MASYARAKAT'. Berhadapan dengan masyarakat sekeliling juga memerlukan kebijaksanaan dan kesabaran yg tinggi. Dalam konteks yg dibincangkan ini, setiap perkataan yg keluar dari masyarakat keliling tentang anak2 kita hendaklah di fikirkan dan di tapis sebaik2nya. Komunikasi penting dalam membetulkan keadaan. Sentiasa positif dalam setiap tindakan.
perkara yg terakhir ialah, 'MENGURUS KEUTAMAAN' atau priority. hehehe sebuat pasal priority ni... walid byk memainkan peranan. Mengingatkan ummi melakukan perkara yg utama dahulu. ummi tak sempat nak huraikan lebih lanjut lagi kerana perlu mengutamakan priority mengambil anak2 di sekolah hehehe kerana walid ke PPD daftar sekolah balqis utk year 1 thn depan. insyaAllah, jika ada kelapangan. ummi akan berbicara lagi.
Ramadhan Kareem!
-
assalamualaikum, Kami team Maratussolehah Muslim House mengucapkan
Ramadhan Mubarak kepada seluruh pengunjung dan pelanggan kami للَّهُمَّ آتِ
نَفْسِى تَق...
9 years ago
No comments:
Post a Comment