Tuesday, January 21, 2014

Bekal 9 :: Mee Goreng & Apple Crumble Muffin

 Menu hari ini, agak berat juga. Mee goreng tu simple je, tumis bawang putih yg diketuk. telur dihancurkan 2 biji. tomato sos dan kicap. Tabur bawang goreng.  Itu sudah cukup selera bagi Ammar :) 

Apple crumble tu first time umi buat. Alhamdulillah menjadi juga. Harum bau kek pagi2. Sebenarnya buat muffin lagi simple dari cupcake dan cupcake lagi ringan. 



Umi nak share satu produk Muslim. Mee Kuning ni pengeluarnya adik biras umi yang tinggal di Melaka. Mee nya tidak mengandungi bahan pengawet & asid borik. Jujur umi katakan, umi sangat suka mee ni sebab rasanya tak muak, kalau makan tu ...nak makan lagi hehehe. Lagi satu mee nya agak halus sedikit berbanding mee di pasaran. Camana ya nak kata, macam lagi best dan tak kembang bila campur dengan apa2 kuah. 


Kalau ada sapa2 nak tempah mee tersebut di area2 Melaka, boleh contact terus dengan pengusaha tersebut. No telefonnya ada di sticker pack tu. Kalau area JB ni, boleh discuss dengan pengusaha tersebut juga.. mana tau boleh supply ke JB sebab kakaknya aka biras umi ada berhasrat memasarkan mee tersebut di JB. Jika banyak permintaan, insyaAllah boleh di usahakan. 


No comments:

Post a Comment