InsyaAllah, resepi ni ummi akan update jika ada kelapangan. Ada urusan di dapur dahulu :)
....................................................................................
ok, umi cuba masukkan resepi sambil pegang baby najla yang nak berkepit sekali ni. umi mulakan dengan Acar Buah Ikan Masin. Umi copy paste je la resepi yg umi amik dari page Mat Gebu/ tiffinbiru yg mmg umi selalu jenguk2 pagenya utk cari resepi2 terkini.Cuma ada sedikit perubahan bahan mengikut bahan2 yg ada di rumah umi. tp alhamdulillah, resepi ni sgt sedap.. dan blh disimpan dlm icebox jika buat byk utk di makan bila2 buat nasi beriani / nasi arab lg.
....................................................................................
ok, umi cuba masukkan resepi sambil pegang baby najla yang nak berkepit sekali ni. umi mulakan dengan Acar Buah Ikan Masin. Umi copy paste je la resepi yg umi amik dari page Mat Gebu/ tiffinbiru yg mmg umi selalu jenguk2 pagenya utk cari resepi2 terkini.Cuma ada sedikit perubahan bahan mengikut bahan2 yg ada di rumah umi. tp alhamdulillah, resepi ni sgt sedap.. dan blh disimpan dlm icebox jika buat byk utk di makan bila2 buat nasi beriani / nasi arab lg.
Jeruk Madu Pak Ali yg umi beli di Penang hari tu.
Buah Aprikot kering yg beli masa bulan puasa hari tu, habiskan stok. Kalau dibiar lama2 buah ni jadi hitam, nanti tak sanggup nak makan. Jadi habiskan.
Acar Buah Ikan Masin
sumber: Che Mat Gebu/tiffinbiru.
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram isi ikan kurau masin (boleh guna ikan talang) - umi ganti isi ikan tenggiri
10 biji bawang merah kecil - pakai bwg bsr potong 4
10 ulas bawang putih
10 biji cili padi (che mat guna cili padi merah dan hijau) - ganti cili besar hijau/merah potong bulat.
2 tangkai daun kari, dilurut - takde stok jadi tak letak.
2 camca besar gula (atau secukup rasa)
1 camca besar penuh gula melaka
Cuka secukupnya (che mat guna 3 camca besar cuka JALEN) - umi pakai cuka delima
Secubit garam
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
2 camca besar cili kisar
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
BAHAN-BAHAN KISAR KERING :-)
1 camca teh ketumbar biji*
1 camca teh jintan manis*
1 camca teh jintan putih*
1 camca teh halba*
1 camca teh biji sawi*(*digoreng tanpa minyak hingga harum kemudian kisar kering hingga halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Isi ikan kurau dipotong kiub pada saiz sederhana atau potong bentuk memanjang. Rendam 1 jam dan tukar air rendaman setiap 20 minit. Kemudian toskan dan goreng 1/2 masak, angkat dan toskan.
- Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/2 cawan), tumis daun kari dan bahan kisar halus hingga harum dan terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan rempah yang dikisar kering, kacau rata dan masak sekejap hingga wangi.
- Masukkan gula melaka, gula pasir dan cuka makan. Kacau rata dan biar mendidih. Tambah bawang merah, bawang putih, cili padi dan ikan masin tadi. Gaul rata dan tambah sedikit air. Kacau rata.
- Masak hingga pekat, rasa dan boleh tambah sedikit garam dan jika anda suka acar manis sedikit, boleh tambah sedikit gula lagi. Boleh hidangkan bersama nasi panas....
.........................................................................................
Resepi lain2 di bawah ni update kemudian ya. bersantai di luar rumah kejap petang2 ni :)
.............................................................................................
Daging Masala
Rempah Masala ni la ummi pakai. Boleh cari Aeon Big atau Mydin Mall spt di melaka dan tganu. Tapi bergantung pada stok, kadang pegi dah kehabisan. tapi boleh jer beli rempah masala kat mana2 kedai rempah india, insyaAllah ada. Kalau brand lain pun boleh, rasanya tak jauh beza.
Bahan2:
1 kg - potong 4 kecil2 (spt foto di kotak rempah tu :) )
10 ulas bawang putih - ketuk dan hiris kecik2
2 biji bawang besar - potong dadu
1 mangkuk kecil halia hiris (umi memang suka letak byk halia)
10 biji cili hijau besar -potong bulat
Segenggam daun ketumbar (daun ketumbar pun umi pakai byk)
3 biji tomato potong dadu
1 kotak Rempah Masala
1/2 tin susu cair atau 1 cawan plain yogurt
1 biji Lemon / cuka (umi pakai cuka delima)- kalau pakaui yogurt, tak perlu letak lemon/cuka
5 cawan air
Sayuran seperti carrot, kentang - potong ikut suka.
Gula
5 biji cili hijau/merah
Minyak Sayuran untuk menumis
Cara2:
- Tumis Bawang putih, bawang besar, halia, tomato dan cili hijau hingga naik bau .
- Masukkan rempah masala dan kacau lagi.. baunya sangat harum :)
- Masukkan daging dan gaul lagi.
- Masukkan air 5 cawan.
- Biarkan seketika hingga daging empuk.
- Apabila sudah empuk, masukkan susu, perahan lemon, sayuran, masak hingga sayur empuk.
- Akhir sekali setelah naik minyak, slowkan api dan masukkan daun ketumbar dan cili hijau/merah.
- Sesuaikan rasa. Biasanya kalau rempah masala dalam kotak ni dah sedia ada garam jadi tak perlu tambah garam.
- Boleh juga ditambah gula jika mahu rasa lebih balance ( tak reti nak describe balance camana, sbb umi tak pakai serbuk perasa.. mmg umi akan tambah sedikit gula).
...........................................................................................
.......................................................................................................
Pilau Beriani
Ayam Tandoori Goreng
Bahan2:
1 ekor ayam - potong 2 @ 4 bahagian
5 ulas bawang putih - kisar
1 biji bawang besar - kisar
10 tangkai cili kering - kisar ( option bg yg nak rasa pedas sedikit)
3 inci Halia - kisar
4 sudu cuka delima
1 kotak Rempah Tandoori
Sedikit gula (bg yg nak sedikit manis)
Cara2:
- Ayam dibersihkan dan letakkan dalam bekas besar supaya senang nak gaul dengan semua bahan di atas.
- Sesuaikan rasanya.
- Perap selama 2 jam atau umi biasanya dah perap siap2 dalam seminggu sebelum masak.
- Selepas tu boleh di goreng (deep fryer) .
- Kalau nak bakar pun boleh, tp umi nak cepat jadi goreng je plg pantas :)
- Kalau nak bakar, boleh bakar bersama cili hijau, tomato & bawang besar potong 4.
.......................................................................................................
Bahan2:
1/2 ekor ayam - potong kecil
10 ulas bawang putih - ketuk
2 biji bawang besar - hiris
5 inci Halia - hiris
3 helai daun pandan
2 biji tomato - potong dadu
1 kotak rempah pilau
1 kg Beras basmathi
1/2 tin susu cair
Pewarna kuning
Air secukupnya
Minyak sayuran
Cara2:
- Terus tumis dalam periuk nasi.
- Masukkan minyak, dan semua bahan di atas kecuali rempah.
- Tumis hingga naik bau dan masukkan rempah.
- Masukkan beras basmathi 1 kg.
- gaul rata, tak perlu letak garam kalau pakai rempah kotak ni sbb dah memang bergaram.
- Masukkan susu dan air secukupnya ikut sukatan beras yg digunakan.
- kalau nak nampak variasi warna pada nasi, boleh letakkan sedikit warna kuning.
- ok, selamat mencuba
1/2 ekor ayam - potong kecil
10 ulas bawang putih - ketuk
2 biji bawang besar - hiris
5 inci Halia - hiris
3 helai daun pandan
2 biji tomato - potong dadu
1 kotak rempah pilau
1 kg Beras basmathi
1/2 tin susu cair
Pewarna kuning
Air secukupnya
Minyak sayuran
Cara2:
- Terus tumis dalam periuk nasi.
- Masukkan minyak, dan semua bahan di atas kecuali rempah.
- Tumis hingga naik bau dan masukkan rempah.
- Masukkan beras basmathi 1 kg.
- gaul rata, tak perlu letak garam kalau pakai rempah kotak ni sbb dah memang bergaram.
- Masukkan susu dan air secukupnya ikut sukatan beras yg digunakan.
- kalau nak nampak variasi warna pada nasi, boleh letakkan sedikit warna kuning.
- ok, selamat mencuba
..........................................................................................
Acar Mentah
Rasanya yg ni tak perlu letak resepi sebab semua orang tau buat acar mentah kan :)
No comments:
Post a Comment