assalamualaikum...
Sedar tak sedar sudah setahun umi tak posting di blog ini. Kerja rumah memang sentiasa tak pernah habis, tapi itu bukan alasan utamanya...yang pasti, umi tak berpeluang duduk di kerusi pc ni kerana ramai yang nak tumpang duduk sekali atas riba, ini pun sambil memangku najla..umar sedang nyenyak tidur di buai. Nak menaip di telefon amatlah sukar kerana perlu taip satu2, ambil masa yang lama.
Banyak sebenarnya perkara yang perlu di syukuri di dalam tahun 2015 ini. Bermula di awal tahun lagi sudah ada khabar gembira, 25 Jan umi selamat melahirkan zuriat ke 7 keluarga kami yang semakin meriah ini :). Kelahiran Ahmad Umar bin Arman menceriakan lagi keluarga kami. Alhamdulillah, masih diberi peluang mendakap baby. Peluang juga untuk Aira Najla mempunyai seorang adik dan bergelar kakak.
Tahun ini Ammar darjah 5, balqis darjah 3 dan aesya darjah 2 di SRIH. Ameer dan Khadeeja di al amin. Cepat masa berlalu dan makin membesar mereka semuanya. Semoga anak2 umi membesar sebagai seorang yang soleh dan solehah dan jadi insan berjaya di dunia dan akhirat. Dijauhkan dari kejahatan manusia dan jin.
Tahun ini juga sangat gembira kerana mendapat khabar Ameer juga diberi peluang meneruskan pengajian ke darjah 1 bersama abang dan kakak-kakaknya tahun hadapan. Umi doakan Ameer jadi anak yang soleh dan pintar, kuat ingatan dan rajin berusaha...juga buat anak2 umi yang lain.
Alhamdulillah, tahun ini di majlis ihtifal SRIH, aesya berpeluang memperolehi Anugerah penghafaz Terbaik. Kakak Balqis seperti biasa sejak dari darjah 1 masih diberi peluang mendapat Anugerah Akademik Cemerlang, Penghafaz Terbaik dan Qari Terbaik. Moga kakak terus istiqomah dengan apa yang kakak usahakan. Ammar pula, belum berpeluang mendapat apa2 anugerah. InsyaAllah tahun hadapan kita cuba lagi, insyaAllah umi cuba luangkan masa bersama abang untuk sama2 memperbaiki mana yang masih perlu dielokkan. Moga Allah kurniakan umi dan walid kecekalan, kesabaran yang tinggi dan tidak putus asa dalam mendidik anak2 syurga umi ini.
InsyaAllah, setiap masa umi sentiasa mendoakan anak2 umi dalam keadaan baik, sihat walafiat, ceria, jadi anak yang soleh dan solehah, tidak melupakan suruhan agama dan tidak leka dengan keadaan sekeliling. Dijauhi dari segala yang buruk dan sentiasa didampingi insan2 yang baik, berakhlak dan sentiasa memberi tunjuk ajar kepada anak2 umi.
insyaAllah, jika ada kesempatan akan bersambung lagi .............
Ramadhan Kareem!
-
assalamualaikum, Kami team Maratussolehah Muslim House mengucapkan
Ramadhan Mubarak kepada seluruh pengunjung dan pelanggan kami للَّهُمَّ آتِ
نَفْسِى تَق...
9 years ago
Hello Ummi. I really miss your blog post. Slalu masuk ke blog ummi, tp ummi tk post pun apa2. harap2 ummi lebih aktif. bnyk sy beljar dri blog ummi. thx ya for sharing. Anyway, jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.
ReplyDelete>>>Tips Turun Berat Semula Jadi!<<<