Sunday, April 20, 2014

Puri Brokoli

 Menu Najla hari 2 hari lepas Puri Brokoli. Umi rebus dulu brokoli dalam 10 min. api sederhana.. pastu umi blend halus. Air untuk blend agak2 jer ya ikut berapa byk brokoli yg di letak. Kalau khadeeja dia panggil sayur pokok, dan dia pun suka makan brokoli rebus ni ..apalagi kalau di buat sup sayur. 

Memandangkan umi pakai blend biasa, jadi airnya dalam 1 cwn hijau bawah ni, kalau tak nanti tak bergerak brokoli tu nanti kalau blend. jadi blh mkn 2 kali, memandangkan dah cair sikit bila di blend, umi tambah satu sudu nestum gandum+madu. Nak bg pekat sikit puri ni. Setakat ni stok air zamzam masih ada lg jadi bg air zamzam dulu.



Sebenarnya Najla dah pandai tidur sendiri juga tp bersyarat, syaratnya dia dah kenyang dan betul2 ngantuk hihihi. Dia main sendiri2 kat toto depan tv tu dan kepenatan lastly dia lelap. Kat rumah ni mmg takde buai baby, dah let go lepas khadeeja hari tu. Jadi, najla takde kerenah nak tidur dalam buai bila travel. Masa balqis, aesya dulu pun di saudi tak berbuai bila tidur, mmg tak bawa buai ke sana. Serik masa ammar baby, time travel dia mengamuk nak tidur dalam buai...jenuh nak tidurkan dia. 
 

No comments:

Post a Comment