Monday, November 3, 2014

AIRA NAJLA ARMAN - 1 year (29 Okt 2014)

Alhamdulilah setelah 6 bln berlalu, baru kali ni dapat tulis lagi di blog. Last update bulan 4 haritu. Masa tu ummi tengah kepeningan dan keloyaan :). Jadi, abaikan semua blog, pc dan sewaktu dengannya kerana ummi tak boleh mengadap sesuatu lama2. Nanti pening2 lalat hihihi. Boleh online melalui hset shj sambil bersantai2. 

Aira Najla alhamdulillah dah berusia setahun pada 29 Okt 2014 yang lepas. Seperti biasa tiada apa2 sambutan, kerana bukan tradisi ummi sekeluarga. Ummi cuma masak sesuatu yg special sedikit utk diagihkan kepada family dan jiran. Ummi try buat Coklat Lasagna & Pasta Lasagna. Gambar Coklat Lasagna tak sempat ummi snap sbb tak sempat. Boleh google resepi tersebut, ummi ada tengok sahabat fb yg share.

Najla dah pandai berjalan pada usia 11 bln alhamdulillah :). Maybe sbb badannya kecik dan keberaniannya mencuba hihihi. Panjat dan turun katil pn dah boleh. Panjat kerusi pun boleh, tak padan dengan kecik comei dia tu. Sekarang makin sukar nak makan nasi. Kalau suap di luar rumah, bykla dia makan sbb dapat main luar :). 

Sekarang pantang buka pintu atau kedengaran pintu dibuka, dia cepat2 ke dapur nak keluar. Kat rumah ni pintu rasmi family, pintu dapur je, pintu depan mmg jarang buka, kalau ada tetamu datang je. 

Sebenarnya Najla bakal dapat adik pada hujung bulan Januari insyaAllah, awal Najla jadi kakak :). Masa tu Najla berusia 1 tahun 3 bln. Agak risau juga nak tinggalkan Najla kat rumah nenek masa ummi bersalin nanti sebab Najla tak berapa biasa dengan orang lain. Tapi kalau terpaksa ok kot :). Lagipun kakak2 Najla 3 orang ada. Aesya paling rajin layan Najla, kalau boleh dukung..sehari agaknya dia nak dukung Najla. Najla mirip muka Aesya masa kecik, yg bezanya Najla tak hisap jari hihihi. 

Najla belum cucuk setahun lagi, InsyaAllah tengan bulan ni nanti selepas ummi check up dengan Doc Noor di Puteri. Dah nak masuk 8 bln baru ummi gi jumpa Doc Noor hihihi. Tapi ummi ada check up di klinik dekat rumah ni, mmg plan last2 baru gi hospital sbb kesuntukan masa walid/ummi :). 

Ga,bar Najla ada byk lagi..tapi ummi tak sempat masukkan memandangkan ada yang tengah mintak buatkan susu ni (abg ameer tgh mengaruk nak susu tu ) :).


No comments:

Post a Comment