Tiba-tiba rasa nak tulis sesuatu berkenaan dengan Hafazan al-Quran bila baca beberapa posting di fb berkenaan anak-anak hafal al-quran sejak dari kecil. Terbaru, seorang kanak-kanak berusia 9 thn sudah hafal 30 juz al-quran, info ini juga ummi dapat dari fb, ramai yg share. Sangat cerdik anak ini. Cara didikan dan asuhannya sangat rapi.
Dulu memang cita2 ummi nak cepat2 anak2 hafal al-quran. Ummi pernah survey beberapa sekoalh tahfiz untuk ammar masa ammar nak melangkah ke darjah 1 tapi keadaan tak mengizinkan. Kebanyakan sekolah full time tahfiz tidak ada akademik. Ummi sendiri memang tak mampu nak pastikan anak-anak menghafal seluruh al-quran di awal usia bawah 10 tahun. Ummi cuma mampu ajar anak2 mengaji dan serba sedikit tentang tajwid. Tidak terlalu cepat khatamkan Quran mereka dengan tujuan ummi dapat ajar lebih detail sedikit sesuai dengan ilmu yg ummi ada.
Anak-anak seusia ammar dan balqis mungkin sudah lama khatamkan al-quran tapi anak-anak ummi, ummi tidak tergesa-gesa nak menghabiskannya terlalu cepat. Masa balqis darjah 1, dia dah juzuk 15, tapi ummi nak betulkan tajwidnya..ummi minta kakak baca dari awal semula, begitu juga Ammar. Lagipun bukan tiap-tiap hari anak2 ummi mengaji, mungkin seminggu dalam 4-5 kali sahaja, sesuai dengan tuntutan masa ummi.
Biasanya anak-anak akan cover hafalan separuh juzuk 30/juz amma. Ini kerana, masa tu mereka lebih byk mengingat sbb belum fasih mengaji. Aesya ( 7 tahun) setakat ini hafal sampai surah al-buruj. Sekarang aesya mengaji baru juzuk 2. Balqis ( 8 tahun) juzuk 25 sama juga dengan Ammar.Ameer dan Khadeeja setakat sampai surah al-adiyat.
alhamdulillah, tahun ni balqis dapat anugerah Qari Terbaik & hafalan terbaik serta anugerah kecemerlangan tahun 1&2 bg akademik. Balqis dah cover surah sampai tahun 4 walau dia baru darjah 2. Ammar pula tak lepas satu surah ...surah at-takwir. Aesya lulus semua surah tapi bacaan dan tajwid tak terang sebab aesya nmi sangatla slow suaranya bila mengaji dengan ustazah.
No comments:
Post a Comment