Wednesday, November 19, 2014

Majlis Ihtifal SRIH 2014

Sekejap je dah hujung tahun kan. Alhamdulillah, besok last day anak2 ke sekolah. Balqis pecah rekod tahun ni sebab tak pernah ponteng sekalipun. Ammar ada tak datang sekali tak silap sebab sakit gigi. Aesya ada 2-3 hari tak datang sebab kesihatan juga. 

Ameer dan Khadeeja besok amik result. Tapi majlis ihtifalnya dah lepas. Ummi dan walid tak pergi walaupun khadeeja dan ameer beria-ia nak pegi. Bukan taknak pegi tapi ummi tak larat duduk lama2 (ummi dah 7 bln pregnant yg ke 7). Lagipun di tempat yang terlalu terbuka di Todays Mall, ulu Tiram rasa macam tak berapa sesuai nak kawal anak2 seramai 6 org ni :).

Majlis Ihtifal SRIH akan diadakan di unikl. bdr seri alam. InsyaAllah pegi sbb melibatkan 3 org anak sekaligus... Ammar, Balqis dan Aesya. Lagipun rezeki kakak (balqis) tahun ni dapat 3 anugerah lagi. Abang (Ammar) dan Aesya belum ada rezeki. Nampaknya tahun depan kena lebih usaha lagi, tapi bukan untuk dapat anugerah maksud ummi..supaya jadi anak yang pintar, cerdik, soleh solehah, berjaya dunia dan akhirat. Bagi ummi, anak2 yang berjaya adalah anak2 yang seimbang dunia dan akhiratnya.


Bukan berjaya akademiknya sahaja tapi juga tidak meninggalkan solat, hormati ibu bapa, org tua, guru2 dan sesiapa sahaja. Menjauhi perkara yang di larang dan melaksanakan perkara yang diperintah. Bila ummi tengok anak2 sekarang, umi jadi risau. Macamana agaknya nak didik anak2 pd zaman ini. Jadi solution pertama ummi dan walid kena tempatkan anak2 di sekolah agama, bukan ummi kata sekolah biasa tak baik tp itu pendekatan yg ummi nampak untuk anak2 ummi. Itu sudah pasti belum cukup untuk memastikan akhlaknya baik dan ibadahnya terjaga. 

Didikan dari rumah juga sangat penting. Anak2 jika terlalu dimarah akan memberontak. Jadi ada masa kena tegas dan ada masa boleh bergurau senda. Pengalaman membesarkan anak2 yg ramai dan agak rapat ni menyebabkan ummi byk berfikir, dibantu walid yg byk beri idea dan kerjasama.. alhamdulillah, kami sama2 memikirkannya. Mudah2an Allah permudahkan urusan kami dalam membesarkan anak2 ini dengan sebaiknya dan istiqamah dengan jalan yg kami pilih ini iaitu mencari keredhaan Allah dalam apa jua keadaan pun. 



 



No comments:

Post a Comment