Monday, February 10, 2014

Bekal 19 :: Beriani Gam Adami & Chicken Broasted

Menu bekal hari ini Nasi Beriani Gam Adami. Nama Adami tu sempena nama rempah beriani gam brand adami yang umi selalu gunakan untuk buat Nasi Beriani yg cepat dan pantas :D.  Selain Rempah Beriani Gam, produk lain brand Adami juga byk umi gunakan spt kerisik, rempah soto, mee bandung, mee rebus, bubur lambuk, dll. 

Kalau nak cepat memang umi cuma letak Rempah ni, daun pandan dan hirisan halia shj dalam nasi. Rasanya spt Nasi Beriani yang kita buat sendiri... letak kuah daging beriani. Dalam paket ni siap ada kacang gajus & kismis. Memang sgt sedap, sentiasa ada stok kalau tiba2 rasa nak makan dan taknak berlama-lamaan di dapur :). 

Kalau sesiapa yang nak mengenali pengusaha dan produk2 Adami ni boleh refer link ni  ADAMI, anak jati Johor. 

 Lauknya pulak umi goreng ayam celup tepung brand adami juga. Tapi umi perap ayam tu dulu dengan Italian Herbs, Serbuk Lada Putih Brand Adami juga & cuka delima. Masa nak menggoreng tu baru umi balik-balikkan ayam dalam Tepung Ayam Brand Adami ni, tepung nya putih je, berbeza dengan tepung goreng ayam adabi yg berwarna oren. Sejak umi rasa tepung ayam goreng adami, rasa macam ala2 ayam kfc pun ada. Tapi kena perap dulu dengan bahan yg umi nyatakan tadi.

Ermm, macam promote produk Adami kan, tapi apa salahnya kalau kita promosikan produk Muslim kan. 

Acar tu umi potong dadu timun, tomato, bawang besar dan hiris cili besar merah. Letak sedikit gula, garam dan cuka delima. Boleh juga masukkan minyak zaitun (pevoo). Pastu gaul rata. 

Acar buah tu pula umi dah lama buat, simpan dalam peti ais tahan lama. Umi buat acar buah ikan masin, resepinya ada di link ni ' ACAR BUAH IKAN MASIN'


No comments:

Post a Comment